Piala Sumbangsih: ‘Debut’ Gandingan Bergson-Forestieri, Helah KL City ‘Rehatkan’ Romel Morales

JDT KL City Perlawanan Sumbangsih 2022 Bergson Forestieri

Senarai kesebelasan utama untuk aksi Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah sudah dikeluarkan tadi dan seperti jangkaan, gandingan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri digunakan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Untuk Kuala Lumpur (KL) City FC, sedikit mengejutkan, penyerang sandaran musim lalu, Romel Morales terlebih dahulu direhatkan pengendali, Bojan Hodak. Mereka mempertaruhkan penyerang baharu, Kevin Koubemba.

Forestieri dan Kevin Koubemba bakal membuat debut dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan pastinya akan dilirik oleh semua pemerhati bola sepak tempatan bagaimana impak yang bakal mereka berikan sebentar lagi.

Sebagaimana yang diketahui, KL City mengejutkan JDT di pentas final Piala Malaysia 2021 dengan keputusan 2-0. Ia satu tamparan buat Harimau Selatan yang dikatakan sebagai pilihan utama perlawanan tersebut.

Turut menarik untuk dilihat adalah bagaimana The City Boys akan beraksi tanpa bek kiri terbaik Liga M musim lalu, Daniel Ting. Berdasarkan senarai pemain, tidak dapat dipastikan apa strategi Bojan Hodak di benteng.

Berdasarkan senarai susunan pemain yang dikeluarkan KL City, jelas percaturan menarik di benteng apabila Bojan Hodak meletakkan gandingan Giancarlo Gallifuoco dan Kenny Pallraj di posisi bek tengah, sementara Kamal Azizi di bek kanan dan kembar Ryan Lambert, Declan ambil alih posisi yang ditinggalkan Daniel Ting.

Apa pula helahnya merehatkan pemain terbaiknya di jentera serangan, Romel Morales daripada skuad utama?

Untuk JDT, pastinya Forestieri yang bakal jadi tumpuan utama bagaimana prestasinya bergandingan dengan peledak berbisa Liga Super musim lalu, Bergson. Mampukah beliau ‘mengubat’ kesunyian Bergson di depan?

Di benteng JDT turut menampilkan perubahan menarik dengan kemasukkan bekas kapten Terengganu FC, Carli de Murga untuk bergandingan dengan Shane Lowry dan Matt Davies selaku gandingan bek bertiga.

Tambah menarik perlawanan ini adalah tentang ‘ugutan’ pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang beliau akan menarik diri daripada arena bola sepak tempatan jika JDT tewas.

Dan disebabkan kenyataan tersebut, tumpuan semua kini terarah kepada sepak mula aksi Sumbangsih nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN