Mahu Tinggalkan JDT & Bola Sepak ‘Dalam Negara’, TMJ Bakal Realisasikan Hasrat Ambil Alih Valencia?

tmj valencia

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menggemparkan arena bola sepak negara apabila menyatakan baginda tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara jika pasukannya tewas kepada Kuala Lumpur City dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

Komen baginda di Instagram itu telah mendapat pelbagai reaksi. Bagi penyokong setia Harimau Selatan, ia adalah satu perkara yang amat sukar untuk dibayangkan sekiranya TMJ benar-benar meninggalkan bola sepak – yang juga bermakna Baginda berkemungkinan akan meninggalkan JDT.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama TMJ meluahkan hasrat tersebut secara terbuka. Pada September tahun lalu, baginda mengakui dirinya sudah penat menguruskan kelab bola sepak itu.

Piala Sumbangsih: TMJ Undur Diri Jika JDT Tewas Kepada KL City FC?

TMJ mulai berkecimpung di dalam arena bola sepak negara dan mengambil alih JDT sejak lapan tahun yang lalu. Sejak melakukannya pada 2013, perubahan demi perubahan berjaya dilakukan terhadap bola sepak Johor oleh baginda sehingga JDT kini menjadi kuasa terbesar bola sepak di dalam negara.

Bukan sahaja menjadi sebuah kelab bola sepak yang mendominasi pertandingan domestik, JDT kini turut dilihat sebagai salah sebuah kelab terbesar di rantau Asia Tenggara, dan menjadi antara kelab tumpuan setiap kali bertanding di pertandingan AFC Champions League – berdasarkan kemampuan yang mampu mengejutkan jaguh Asia.

Baginda turut menamakan calon penggantinya sekiranya baginda ‘angkat kaki’ iaitu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim yang merupakan pakar bidang perbankan, korporat, pembangunan hartanah dan strategi perniagaan.

TMJ Akui Sudah Letih Urus JDT

Namun seandainya dilihat semulan komen berkenaan, TMJ secara jelas menulis akan meninggalkan aktiviti bola ‘dalam negara’.

Maka dengan itu, timbul persoalan adakah baginda akan meluaskan empayarnya ke luar negara dan menyerahkan pengurusan dan kepimpinan JDT kepada individu lain yang dipercayainya.

Kira-kira setahun yang lalu, baginda telah memberi petunjuk bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia kerana mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan yang dianggarkan sekitar €408 juta.

Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?

Pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.

Kali pertama timbul spekualasi  TMJ berminat  untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana baginda dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin, Itali.

“Pertama, saya bukan ahli perniagaan, saya seorang putera raja. Kedua, bukan wang yang memotivasikan saya, kegemilangan dan mencipta sejarah yang memotivasikan saya. Ketiga, bukan lagi rahsia saya amat cintakan dan meminati bola sepak,” ujarnya pada waktu itu.

“Keempat, saya bukan baharu dalam bola sepak. Saya telah membawa JDT daripada setiap tahun bergelut dengan penyingkiran kepada pasukan yang mendominasi kejauraan. Saya dah menang 16 kejuaraan dalam lapan tahun. Kami kini terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia.

“Kelima, saya mahu kembangkan lagi empayar, melabarkan sayap dan menempuh cabaran baharu.”

Apa Kesan Yang Malaysia Dapat Jika TMJ Ambil Alih Valencia?

Sebenarnya agak mustahil untuk melihat seseorang yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bola sepak untuk terus meninggalkan sukan ini dengan serta merta.

Mungkin TMJ merasakan sudah tiba masanya untuk melibatkan diri dengan bola sepak di luar negara dan tidak lagi menjadi sasaran penyokong bola sepak tempatan pada masa akan datang atas segala isu yang melanda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN