5 Pemain Yang Peminat Dah Lupa Pernah Beraksi Bersama Liverpool

Liverpool tidak dinafikan sedang melalui kempen 2021/22 dengan mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Selepas bergelut untuk menamatkan saingan musim lalu di kedudukan empat teratas, skuad kendalian Jurgen Klopp itu memulakan musim ini dengan sangat baik.

Dengan Virgil Van Dijk sudah kembali beraksi selepas berehat panjang pada musim lalu dan ditambah dengan aksi konsisten jentera serangan, The Reds kini dianggap antara pasukan paling berprestasi dalam dunia bola sepak.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1497498605615202305?t=CO1FbeMq1gDEuNPHPAJ6IQ&s=19

Gergasi Merseyside itu akan turun beraksi bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup hujung minggu ini, dengan mereka dilihat sudah bersedia untuk menjulang Piala pertama musim ini.

Liverpool juga berjaya membelasah Leeds United 6-0 dalam aksi saingan Premier League minggu lalu di Anfield, dan mereka kini hanya tiga mata sahaja dipisahkan dari pendahulu liga, Manchester City.

Lebih hebat lagi, skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga pada musim ini berjaya mencatatkan rekod 100 peratus dalam saingan Champions League dan turut berjaya melayakan diri ke pusingan kelima saingan FA Cup.

Harus diakui yang Liverpool sememangnya nampak seperti pasukan yang berbeza sepanjang beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Boleh dikatakan hampir kesemua pemain yang ditandatangani oleh bekas pengurus Borussia Dortmund itu berjaya menunjukkan impak positif untuk Liverpool.

Walau bagaimanapun, semua hal itu sepertinya tidak berlaku sebelum ketibaan Jurgen Klopp, dengan Liverpool ketika itu hanyalah pasukan pertengahan yang tidak dianggap pencabar kejuaraan.

Bahkan ramai pemain-pemain yang pernah beraksi bersama Liverpool tidak dikenali oleh peminat dan ada pemain yang peminat sudah lupa mereka pernah beraksi bersama Liverpool.

Berikut merupakan lima pemain yang peminat dah lupa pernah beraksi bersama Liverpool.

5) Victor Moses

Victor Moses menghabiskan musim 2013/14 dengan beraksi bersama Liverpool sebagai pemain pinjaman.

Sepanjang tempoh sembilan tahun kariernya di Stamford Bridge, Moses telah dipinjamkan kepada pasukan lain sebanyak enam kali.

Pemain yang pernah dianggap sebagai prospek masa hadapan dunia bola sepak itu pada ketika ini sedang beraksi bersama Spartak Moscow di Rusia.

Pemain sayap Nigeria itu dibawa ke Anfield oleh Brendan Rodgers dengan beliau pernah membuat 22 penampilan sepanjang musim 2013/14 bersama pemenang enam kali gelaran Champions League itu.

Walau bagaimanapun, beliau hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja sepanjang tempoh tersebut dan jelas sekali beliau gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

Skuad kendalian Brendan Rodgers itu turut berjaya mencabar kejuaraan liga pada ketika itu dan jelas sekali ia kerana Luis Suarez dan Daniel Sturridge sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, tidak keterlaluan untuk menganggap yang tak ramai peminat akan ingat yang Moses merupakan sebahagian dari skuad Liverpool pada musim 2013/14 itu.

4) Conor Coady

Conor Coady merupakan pemain kelahiran Liverpool dan berbangsa Scouser yang pernah menghabiskan masa selama satu dekad bersama The Reds.

Coady sangat berhasrat untuk beraksi bersama skuad utama, namun impian beliau itu tidak berjaya direalisasikan dek kerana beliau tidak mendapat tempat dalam skuad utama.

Beliau kemudiannya melengkapkan perpindahan untuk menyertai Huddersfield dalam aksi saingan Championship.

Selepas mengharungi musim yang berjaya di Kirklees Stadium, Coady kemudiannya menyertai Wolverhampton Wanderers.

Beliau kemudiannya menjadi pemain terpenting Wolves dan turut dilantik menjadi ketua pasukan selepas membuat lebih dari 300 penampilan bersama kelab.

Aksi hebat yang beliau pamerkan dalam saingan Premier League membantu beliau untuk dipanggil sertai skuad kebangsaan England pada tahun 2020 yang lalu.

Beliau memulakan kariernya sebagai pemain midfield dan jelas sekali beliau mengidolakan Steven Gerrard pada ketika itu dan turut sempat dianggap sebagai calon pengganti legenda The Reds itu.

3) Peter Gulacsi

Liverpool tidak dinafikan memiliki ramai penjaga gol berbakat yang pernah menyertai mereka sejak sedekad sebelum ini.

Antara penjaga gol berbakat yang pernah beraksi bersama mereka adalah Peter Gulacsi yang pernah menghabiskan karier selama enam tahun di Anfield dari tahun 2007 hingga 2013.

Walaupun beliau tidak pernah membuat penampilan bersama skuad utama, Gulacsi sebenarnya pernah membuat 25 penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Liverpool.

Beliau meninggalkan The Reds pada tahun 2013 untuk mendapatkan minit permainan dan beliau sepertinya berjaya bersinar bersama RB Salzburg sebelum melengkapkan perpindahan menyertai RB Leipzig pada tahun 2015.

Gulacsi merupakan nadi penting dalam membantu RB Leipzig untuk menjadi antara pasukan paling digeruni dalam saingan Bundesliga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua pasukan Leipzig itu telah membuat 250 penampilan bersama kelab, dan jelas sekali karier beliau berubah sepenuhnya selepas beliau memutuskan untuk meninggalkan Anfield.

Walau bagaimanapun, memandangkan Liverpool kini mempunyai Alisson Becker di gawang gol mereka, maka jelas sekali mereka sendiri tidak akan menyesal melepaskan penjaga gol berbakat seperti Gulacsi.

2) Sebastian Coates

Sebastian Coates merupakan seorang lagi pemain yang bergelut untuk dapat tempat dalam skuad utama Liverpool, namun berjaya bersinar di tempat lain.

Pemain kebangsaan Uruguay itu beraksi sebanyak 24 perlawanan untuk The Reds sebelum beliau dipinjamkan kepada Nacional dan Sunderland.

Beliau kemudiannya menyertai Sunderland secara tetap pada tahun 2015 kerana Liverpool merasakan mereka benar-benar tidak memerlukan khidmatnya lagi.

Pemain pertahanan itu akhirnya berjaya menemui kelab yang beliau anggap seperti rumahnya selepas beliau melengkapkan perpindahan menyertai Sporting CP pada tahun 2017.

Beliau telah beraksi sebanyak 268 perlawanan untuk Juara bertahan saingan Primeira Liga itu dan menjadi antara pemain terpenting kelab pada ketika ini.

Pemain berusia 31 tahun itu berjaya berkembang menjadi antara pemain centre-back serba boleh dengan beliau selain handal bertahan, turut mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol dan mencatatkan assists.

Selain dari gol cantik dan menakjubkan beliau bersama QPR hampir sedekad lalu, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang ramai peminat sebenarnya sudah lupa yang ketua pasukan Sporting itu pernah beraksi di Anfield.

1) Luis Alberto

Kehadiran Luis Alberto dari Sevilla pada tahun 2013 jelas sekali membawa keterujaan untuk para peminat di Anfield.

Pemain midfield Sepanyol itu pernah dipinjamkan ke Barcelona B pada musim 2012/13 yang mana ia merupakan kelab yang telah melahirkan ramai pemain midfield berbakat pada awal tahun 2010.

Walau bagaimanapun, aksi beliau dalam saingan Premier League bersama Liverpool berjalan dengan tidak seperti diharapkan.

Pemain attacking midfielder itu gagal untuk konsisten di Anfield dan beliau hanya sempat membuat 12 penampilan sahaja dari semua pertandingan.

Selepas beberapa kali dipinjamkan ke pasukan lain di Sepanyol, Alberto akhirnya melengkapkan perpindahan secara tetap ke saingan Serie A menyertai Lazio.

Pemain yang tak mendapat tempat di Anfield itu beraksi dengan sangat cemerlang di Rome, dengan beliau merupakan antara pemain terpenting kelab.

Beliau berjaya menjaringkan 38 gol dan mencatatkan 56 assists dari 208 penampilan bersama Lazio.

Walau beliau berjaya menghidupkan semula kariernya dalam saingan Serie A, jelas sekali ramai yang terlupa beliau sebenarnya pernah beraksi bersama Liverpool satu ketika dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN