Previu Piala Sumbangsih 2017: JDT Mahu Kekalkan Trofi, Kedah Sedia Merampas!

Piala Sumbangsih 2017 bertarikh 20 Januari 2017 menjadi tanda bermulalah Liga Malaysia musi 2017. Ia menemukan juara Liga Super 2016, JDT berhadapan dengan juara Piala Malaysia 2016, Kedah.

JDT juara bertahan

JDT dalam misi mempertahankan trofi ini untuk kali ke-3. Ia akan melengkapkan status hat trik kejuaraan trofi ini.

Mereka mara ke slot sumbangsih sebanyak 3 kali berturut-turut sejak 2015, 2016 dan kini final Piala Sumbangsih 2017. Mereka menang dalam 2 edisi sebelum ini di Larkin.

Ini adalah kali ke-3 perlawanan Sumbangsih berlangsung di Larkin sebagai simbol juara liga pada musim sebelumnya.

Kedah mahu rampas Piala Sumbangsih 2017

Kali terakhir Kedah menang trofi ini adalah pada 1994. Selepas kejuaraan itu, Kedah seakan-akan ada badi dalam perlawanan sumbangsih.

3 final mereka lalu selepas 1994 berakhir dengan kekalahan dan sekadar menjadi naib johan. Jadi ini adalah masa untuk mereka mengakhiri badi tersebut.

Persiapan JDT

Kurang 48 jam daripada sepak mula perlawanan ini, JDT mengumumkan perlantikan jurulatih baru selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Mario Gomez atas persetujuan bersama.

Cabaran besar untuk JDT adalah mereka masih dalam proses untuk menyiapkan pasukan utama. Dalam beberapa perlawanan pra-musim mereka masih belum ada skuad bayangan.

Mereka kehilangan jurulatih yang berpengaruh. Kemudian mereka juga kehilangan ‘otak’ kepada sistem taktikal mereka musim lalu iaitu Jorge Pereyra Diaz.

Tidak lupa juga Juan Martin Lucero yang juga sudah tidak bersama-sama dengan pasukan ini.

Ia adalah cabaran besar buat Mora. Baru dipromosi dan bersama pasukan kurang 48 jam. Tugasan pertama adalah final Piala Sumbangsih 2017. Mampukah beliau melakukan sesuatu yang istimewa?

Benjamin Mora

Boleh dikatakan, mereka memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri, namun inilah pertama kali kami merasakan mereka tidak turun sebagai pasukan pilihan.

Persiapan Kedah

Kedah boleh dikatakan lebih bersedia untuk perlawanan ini. Ini kerana tidak begitu banyak rombakan dalam pasukan kecuali di barisan serangan utama.

Tan Cheng Hoe masih memiliki maestro mereka seperti Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar dan juga watak utama final Piala Malaysia 2016 mereka, Rizal Ghazali.

Kedah pastinya mengharapkan lebih kualiti dari gandingan pivot mereka Liridon dan Amirul Hisyam. 2 pemain ini menjadi nadi pasukan Kedah pada musim lalu.

Mereka memiliki unit pemain muda yang bertenaga dan semakin matang di dalam perlawanan.

Rekod 6 pertemuan terakhir

[table]
,Jumlah,Peratusan,
JDT menang,4,66%,
Kedah menang,1,17%
Seri,1,17%
[/table]

Kali terakhir Kedah beraksi di Larkin berakhir dengan malam mereka dibelasah 5-0. Kali terakhir Kedah menang di Larkin adalah pada Mei 2010. Ia satu tempoh yang agak lama. JDT pula masih belum tewas di tangan Kedah dalam 3 pertemuan terakhir mereka.

Taktikal

Kami menjangkakan Kedah akan lebih taktikal dalam perlawanan ini. Ini kerana JDT jelas sekali dalam proses untuk menerapkan DNA taktikal baru.

Mora akan fokus kepada aspek lebih teknikal dan cuba bergantung kepada keselesaan pemain di atas padang. Secara teknikal pasukan JDT tetap memiliki pasukan yang sangat baik.

Mereka ada beberapa potensi game-changer di dalam pasukan mereka. Ia tugas yang sukar untuk Mora dalam perlawanan pertama ini, namun beliau tetap ada unit pemain yang berkualiti.

Untuk Tan Cheng Hoe beliau harus berhati-hati dengan pemilihan pemain dan taktikal. Musim lalu banyak juga perlawanan beliau dalam keadaan tactical error.

Agak menarik untuk mengetahui apakah formasi pilihan utama Tan Cheng Hoe dalam perlawanan ini.

Pemain tumpuan

Brian Ferreira (JDT)

Pemain ini kemungkinan besar akan terus diturunkan dalam perlawanan ini. Ini kerana JDT jelas memiliki set penyerang yang baru pada musim ini. Namun tidak pasti di manakah posisi utama beliau, adakah no.9, no,8 ataupun no.10?

Liridon Krasniqi (Kedah)

Beliau memberikan caj positif di dalam pasukan Kedah. Pemain ini sangat berpengaruh di tengah padang.

Tidak keterlaluan untuk diakatan beliau adalah pemain import paling berpengaruh dalam Liga Malaysia buat masa ini selepas pemergian Jorge Pereyra Diaz.

Liridon sangat bagus dengan bola di kaki beliau. Namun kadangkala beliau agak overplay dan fancy.

Fakta perlawanan

  • Kali terakhir JDT tewas di Larkin adalah pada 28 November 2015 (vs Felda United), lebih setahun yang lalu
  • JDT tidak tewas di Larkin dalam 26 perlawanan berturut-turut
  • JDT menang kesemua 6 perlawanan domestik terakhir mereka di Larkin
  • JDT tidak tewas dalam 16 perlawanan domestik terakhir mereka di tempat sendiri dan tempat lawan. Kali terakhir mereka tewasa dalah di tangan Perak dalam Piala Malaysia.
  • Kali terakhir Kedah menang di Larkin adalah pada May 2o10
  • Kedah masih belum tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka di luar Alor Star setakat ini
  • Kali terakhir Kedah tewas dalam semua pertandingan adalah 13 Ogos 2016 di tangan T-Team
  • Agrregate jaringan dalam 5 perlawana terakhir JDT vs. Kedah adalah 12 (JDT) – 4 (Kedah)
  • Ini adalah final ke-3 Tan Cheng Hoe bersama Kedah dalam tempoh 3 tahun

Sebelum wisel

Ia pastinya perlawanan yang mencabar untuk kedua-dua pasukan. Kedah perlu mengelakkan simptom lambat panas settle down dalam perlawanan besar. JDT pula harus fokus kepada perlawanan ini lebih baik.

Kami di semuanyaBOLA mengharapkan ada jaringan awal perlawanan untuk melihat perlawanan yang lebih bertenaga dan terbuka.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2017!

Baca juga:Perang Poster JDT & Kedah Menjelang Piala Sumbangsih 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN