Kevin Ramalingam Bercakap Mengenai Masalah Penyerang Tempatan Di Liga Malaysia

Kevin Ramalingam yang merupakan CEO kepada FMLLP bercakap mengenai masalah penyerang tempatan di negara kita.

Baru-baru ini, beliau telah ditemuramah oleh kami di pejabat beliau di Damansara Perdana.

Jom kita lihat apa jawapan beliau.

Bukannya tidak ada

Kevin Ramalingam berkata penyerang tempatan tidaklah terlalu dipinggirkan oleh pasukan-pasukan di Liga Malaysia.

Cuma padanya, kehadiran mereka seolah tidak diperlukan oleh jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee di dalam skuad kebangsaan.

Menurut statistik, penyerang tempatan telah menyumbangkan 36% daripada kesemua gol yang dihasilkan di dalam semua pertandingan.

Kesemua pertandingan yang dimaksudkan beliau adalah Liga Super, Liga Perdana, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Pilihan yang lain

Bagi Kevin Ramalinggam, untuk mengatasi masalah kekurangan penyerang di negara kita. Beliau mencadangkan pihak FAM serta FMLLP mencipta usahasama secara rakan kongsi dengan pihak luar.

Pihak luar yang dimaksudkan adalah liga-liga di luar negara. Menerusi kerjasama antara 2 liga ini, FAM boleh menghantar mana-mana penyerang berpotensi di negara kita untuk menimba pengalaman di luar negara.

Semasa video ini dirakam, beliau berkata ada pemain negara diberikan peluang untuk menimba pengalaman di luar negara iaitu Nazmi Faiz Mansor yang dikatakan bakal menyertai sebuah kelab di J-League.

Walaupun hanya perpindahan pinjaman sahaja dan kini perpindahan itu tidak menjadi realiti, apa yang hendak Kevin sampaikan adalah Nazmi merupakan seorang pemain tengah dan bukan penyerang yang mendapat peluang bermain di luar negara.

Penyerang sebenarnya ramai

Dalam Liga Malaysia, jumlah penyerang tempatan yang didaftarkan adalah cukup ramai menurut FMLLP.

Sebanyak 94 penyerang tempatan telah didaftarkan oleh semua pasukan Liga Malaysia untuk musim 2016.

Apa yang menarik adalah 53 dari 94 penyerang tersebut adalah penyerang B-23 tahun, serta 21 daripada 53 penyerang muda itu mendapat peluang untuk bermain sebanyak 10 kali atau lebih pada musim lalu!

Kredit gambar: Selangor FA

Jadi pada pengamatan Kevin Ramalingam, sumbangan dari penyerang tempatan itu ada. Tetapi, bagaimana penyerang-penyerang tempatan ini terus bersaing sentiasa menjadi teraju utama pasukan di bahagian hadapan?

Berikut adalah sedikit sebanyak jawapan beliau mengenai masalah ketandusan penyerang di negara kita. Anda boleh saksikan jawapan penuh beliau dalam temuramah kami dengan menonton video di bawah.

Baca juga: Penyokong Sarawak FA Kecewa Logo Pasukan, FAS Tampil Beri Penjelasan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN