Piala Presiden Belum Mula Tapi Ada Pasukan Yang Tarik Diri Saat Akhir?

Piala Presiden

Tujuan utama Piala Presiden ini diwujudkan adalah sebagai salah satu platfrom kesinambungan antara pasukan junior ke pasukan senior dan apatah lagi musim ini pihak Malaysian Football League (MFL) telah memperkenalkan liga yang memberi keutamaan kepada pemain muda dan simpanan menerusi Piala MFL.

Usaha baik ini harus diberikan pujian kerana ia salah satu cara melahirkan pemain muda yang berbakat dan secara tidak langsung memberi kebaikan kepada pasukan muda kebangsaan.

Piala Presiden bakal membuka tirai pada 16 Mac nanti namun kedengaran ada sebuah pasukan dari Semenanjung Malaysia bakal menarik diri dari meneruskan persaingan disebabkan mengalami masalah tertentu.

Dikala pemain mula memberi komitmen di atas padang dan semangat berkobar-kobar untuk berjuang demi lencana di dada mengharumkan nama pasukan akan tetapi perkara yang lain pula yang terjadi.

Perkara ini merupakan satu budaya yang kurang sihat dan amat menyedihkan kerana dalam masa suntuk, pemain tidak boleh lagi mencari pasukan baharu dan harus menunggu sehingga jendela perpindahan dibuka pada pertengahan liga nanti.

Lebih menyedihkan, difahamkan pasukan tersebut telah bersama hampir tiga bulan namun tiada apa-apa bayaran diberikan kepada mereka yang hadir hampir setiap hari ke sesi latihan.

Sebagai orang yang cintakan boleh sepak, mungkin ini tidak terasa sangat kerana mereka ingin bermain di dalam kejohanan Piala Presiden.

Sebagai sebuah organisasi yang profesional, pihak pengurusan seharusnya memaklumkan lebih awal kepada para pemain jika sememangnya tidak mampu menyertai saingan pada musim ini kerana setidaknya mereka berpeluang mencari pasukan baharu.

Namun, ini telah merugikan bakat yang ada kepada pemain yang sedia ada dan apakah nasib mereka yang seterusnya?

Jika pasukan dilatih beberapa bulan lamanya hanya sekadar untuk menyertai liga di tempat sendiri, lebih baik pemain mencari kerja hakiki dan jadikan bola sepak sebagai hobi sahaja.

Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum secara rasminya kejohanan ini berlangsung, apakah pasukan berkenaan mampu melakukan keajaiban dan membolehkan mereka menyertai kejohanan berprestij pada peringkat umur musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN