Rashford, Ten Hag Pastikan Dominasi Man Utd Bagi Anugerah Pemain Dan Pengurus Terbaik EPL Bulan Februari

Rashford Ten Hag

Kemenangan Manchester United ke atas Real Betis dalam aksi Liga Europa (UEL) pada Khamis diserikan lagi dengan berita gembira selepas Marcus Rashford dinamakan sebagai pemain terbaik bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Februari.

Penyerang England itu memenagi anugerah tersebut bagi dua bulan berturut-turut yang kali terakhir dilakukan oleh Ilkay Gundogan pada musim 2022/21.

Seterusnya Rashford turut menyamai rekod pemenang paling banyak anugerah tersebut dalam satu musim yang sebelum ini hanya dipegang oleh Mohamed Salah yang meraih anugerah tersebut tiga kali pada musim 2017/18.

“Teramatlah gembira untuk sekali lagi memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan Manchester United dan EPL,”ciap Rashford dalam akaun Twitternya.

“Saya tak boleh lakukannya tanpa rakan sepasukan danstaf yang lain. Turun naik prestasi itu memang akan berlaku, tetapi selagi kita kekal fokus dan bersatu padu, kita akan sentiasa nampak sinar di hujung terowong.”

Anugerah tersebut adalah yang keempat sepanjang kariernya, dan semua pihak percaya beliau pemain paling layak untuk memenanginya selepas mencetak lima gol daripada empat perlawanan sepanjang Februari.

Beliau muncul penjaring gol kemenangan ketika menewaskan Crystal Palace, Leicester City dan Leeds United.

Antara pemain lain yang tercalon untuk anugerah tersebut bagi bulan Februari adalah Kelechi Iheanacho, Bernd Leno, Emerson Royal, Manor Solomon dan Ollie Watkins.

Dalam pada itu, pengurus United, Erik ten Hag turut dinamakan sebagai pengurus terbaik bulanan. Ia merupakan kemenangan keduanya selepas turut merangkul anugerah tersebut pada September lalu.

Selain cemerlang dalam aksi liga dengan rekod tanpa kalah pada bulan lalu, Ten Hag turut membimbing United untuk memenangi trofi pertama selepas enam tahun dengan menjualang kejuaraan Piala Carabao dengan menumpaskan Newcastle di final.

Leave a Reply