‘Tak Gembira Di Chelsea’- Mason Mount Mungkin Sertai Man United Secara Percuma

Kelab berpengaruh England iaitu Chelsea berkemungkinan besar bakal kehilangan salah seorang pemain tonggak mereka di posisi serangan iaitu Mason Mount.

Sebelum itu, Mount dilaporkan telah pun tertarik akan satu lagi kelab gergasi di sana iaitu Manchester United, dan pasukan tersebut dijangka turut mempunyai rencana mengenai pemain itu.

Untuk rekod, kontrak Mount bersama Chelsea dilaporkan bakal tamat pada tahun 2024, dan perbincangan sudah pun dilakukan mengenai masa depan pemain kebangsaan England itu.

Mount yang pernah pernah dua musim dinobatkan selaku pemain terbaik Chelsea telah menolak kontrak jangka masa panjang bersama pasukan itu kerana tidak gembira dengan tawaran diberikan.

Menurut laporan daripada Sport Bible, perbincangan masih lagi dibuat membabitkan Mount dan Chelsea serta ada perkembangan semasa mengenai kontrak pemain itu bersama kelab tersebut.

Di Chelsea, Mount merupakan pemain senior yang menerima bayaran gaji rendah berbanding tonggak lain, dan beliau juga meminta agar menerima pembayaran sama adil seperti rakan sepasukan.

Chelsea berkemungkinan terpaksa menjual Mount sekiranya perbincangan mereka tidak mencapai kata sepakat untuk menandatangani kontrak baharu.

Lebih perit, berkemungkinan besar pasukan tersebut mungkin juga akan kehilangan pemain itu secara percuma pada penghujung musim 2023-2024.

Liverpool menjadi antara kelab yang menunjukkan rasa minat tinggi untuk mendapatkan khidmat Mount, namun kini United juga turut menyertai persaingan tersebut.

Menurut laporan, United telah pun memasukkan Mount dalam senarai pemain yang menjadi sasaran terbaharu mereka bagi posisi pemain tengah menyerang, selain Jude Bellingham.

Dinyatakan juga United mungkin akan menandatangani Mount berbanding Bellingham kerana kelab itu bakal berbelanja lebih untuk mendapatkan khidmat Harry Kane di posisi penyerang.

Daripada 23 penampilan musim ini dalam persaingan English Premier League (EPL), Mount telah pun mencatat tiga gol bersama dua bantuan jaringan dengan tiga kali bermula di bangku simpanan.

Jika pemain tersebut menyertai United, ia akan memberi nilai tambah baharu buat pasukan itu di posisi tengah dan serangan menerusi kualiti yang ada pada beliau dalam mendapatkan gol.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN