Piala Malaysia: Selangor Bawa Bekalan Selesa Ke Paroi

Selangor berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia sekali gus memberi kelebihan buat mereka untuk bertandang ke Paroi dalam perlawanan kedua nanti.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe memulakan permainan dengan intensiti tinggi dan hampir membuka tirai jaringan namun percubaan awal dari Hein Htet Aung diselamatkan oleh penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi untuk menepis keluar percubaan tersebut.

Tuan rumah terus menekan barisan pertahanan Negeri Sembilan dan ternyata permainan pantas di awal permainan telah mengucar-kacirkan pasukan pelawat.

20 minit awal, skuand kendalian Cheng Hoe lebih banyak mengatur serangan di sebelah kanan dan telah membuka deretan peluang namun menghadapi kesukaran untuk menyudahkan dalam bentuk jarigan terutama menerusi Herlison Caion.

Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat mereka apabila menguasai sebahagian besar permainan.

Anak buah K. Devan seperti sukar untuk bermain gaya permainan mereka apabila terpaksa bertahan kerana sering menerima asakan dari pemain lawan.

Biar pun bermain dengan lima pertahanan, pemain Selangor tetap mudah memasuki kawasan mereka.

Selangor harus salahkan diri sendiri apabila penyerang mereka, Caion gagal menggunakan deretan peluang yang hadir untuk meletakkan bola di dalam jaring apabila sering persiakan begitu sahaja.

Pada mini ke-31, Brendan Gan juga hampir memberi gol pendahuluan buat tuan rumah namun percubaan tersebut sedikit tersasar.

Untuk separuh masa pertama, Syihan mempamerkan aksi tangkas dengan memastikan gawang beliau terus terselamat dari dibolosi oleh Selangor.

Minit ke-50, sekali lagi Caion gagal memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan.

Pemain pertahanan Negeri Sembilan, Herold Goulon melakukan kesilapan mudah selepas menjatuhkan Sharul Nazeem di dalam kotak penalti biar pun situasi tersebut tidak begitu bahaya.

Skuad Jang menerima tamparan hebat selepas Goulon menerima kad merah selepas memprotes keputusan pengadil yang tidak puas hati apabila dipersalahkan sehingga Selangor mendapat sepakan penalti.

Namun begitu, Caion menebus kembali kesilapan sebelum ini apabila kali ini tidak persiakan sepakan penalti untuk meletakan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-56.

Melalui satu gerakan cantik dari Mukhairi Ajmal dari sebelah kiri sebelum melakukan hantaran ke Caion dan seperti biasa, pemain ini untuk sekian kali tidak menggunakan peluang keemasan tersebut.

Anak buah Cheng Hoe menggunakan kelebihan tersebut dengan meningkatkan lagi serangan ke atas lawan dengan serangan berterusan untuk mencari gol tambahan.

Devan melakukan beberapa pertukaran untuk sekurang-kurangnya dapat bertahan dari terus dibolosi.

Syihan sekali lagi mempamerkan aksi terbaik beliau apabila menyelamatkan tandukan Sharul  sekali gus menafikan gol kedua pasukan tuan rumah.

Skuad Merah Kuning terus berusaha untuk mencari gol dengan pelbagai gerakan namun Syihan ternyata memberi masalah untuk mereka.

Empat minit sebelum permainan tamat, pemain baru masuk, Aliff Haiqal membuktikan Cheng Hoe melakukan tindakan tepat membawa masuk beliau apabila berjaya meledak gol kedua untuk Selangor.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan di Paroi 12 November nanti untuk perlawanan kedua nanti bagi merebut slot ke separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN