Piala Malaysia: Jaringan Tunggal Kpah Sherman Julang Terengganu Untuk Atasi KL City

Terengganu sekali lagi berjaya mempamerkan karakter positif mereka dalam saingan Piala Malaysia, apabila kali ini mereka berjaya mengetepikan cabaran Kuala Lumpur City menerusi keputusan penuh 1-0.

Beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, jelas Terengganu tidak bermasalah untuk mencatat keputusan positif biarpun terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain sahaja setelah Suhaimi Husin dilayangkan kad merah.

Kpah Sherman sekali lagi tampil cemerlang untuk mengumpul jaringan keenam beliau dalam saingan Piala Malaysia musim ini, setelah jaringan tunggal beliau memberi kemenangan buat Terengganu.

Pada awal perlawanan, KL City hampir membuka jaringan awal menerusi sepakan kencang daripada Paulo Josue, namun rembatan tersebut sedikit tersasar keluar pada minit ke-3.

Kedua pasukan jelas mempamerkan intensiti permainan yang agak tinggi, dalam usaha mereka untuk mendapatkan jaringan awal perlawanan.

Selang seminit kemudian, giliran Romel Morales pula tiba untuk menguji penjaga gol pelawat iaitu Suhaimi Husin, namun percubaan beliau sedikit tersasar ke tepi gawang gol.

Pasukan tuan rumah jelas mendominasi permainan pada awal lima minit permainan menerusi segala tekanan diberi kepada pertahanan pelawat.

Kpah Sherman berjaya mempamerkan ketajamannya, apabila beliau membuka jaringan pertama buat Terengganu pada minit ke-14 setelah situasi kelam kabut berlaku di hadapan gol.

Jaringan tersebut berjaya menyentap momentum KL City yang sebelum itu memulakan permainan dengan sangat positif, sebelum Terengganu berjaya menyesuaikan diri dalam perlawanan.

Selepas 25 minit perlawanan, KL City dilihat masih sukar untuk menemui jaringan penyamaan mereka, walaupun beberapa peluang berjaya dicipta untuk menguji penjaga gol lawan.

Tiada jaringan tambahan terhasil sepanjang aksi separuh masa pertama berlangsung sehingga wisel ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Sebaik sahaja aksi separuh masa kedua bersambung, pasukan tuan rumah terus memulakan permainan dengan memberi tekanan tinggi buat pelawat, dalam misi untuk kembali menyamakan kedudukan.

Suhaimi Husin terpaksa keluar lebih awal, setelah penjaga gol Terengganu itu dilayangkan kad merah pada minit ke-62, setelah beliau menjatuhkan Romel Morales di luar kotak penalti.

Beraksi dengan 10 orang pemain, Faiz Nasir terpaksa dibawa keluar untuk digantikan penjaga gol simpanan Terengganu, Shamirza Yusoff.

Perlawanan jelas tampak agak sengit dan tegang apabila banyak kekasaran dibuat oleh kedua pasukan menjelang 10 minit terakhir perlawanan.

Keputusan perlawanan kekal dengan jaringan tunggal daripada Kpah Sherman cukup untuk mengesahkan kemenangan buat Terengganu bagi mengatasi KL City dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Kesebelasan utama

Kuala Lumpur City (KL City): Kevin Ray Mendoza Hansen (Penjaga gol), Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, Lambert Ryan Edward Lee Kit Seng, Romel Oswaldo Morales Ramirez, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Muhammad Akram Mahinan, Partiban Janasekaran, Muhammad Irfan Zakaria, Paulo Josue Sturmer Dos Reis (Kapten)

Terengganu: Mohd Suhaimi Husin (Penjaga gol), Muhammad Adib Zainudin, Muhammad Azam Azmi Murad, Mohamad Faisal Abdul Halim, Manuel Gelito Ott, Kpah Sean Sherman, Habib Haroon Haroon Saeed, Mohd Faiz Mohd Nasir, Tchetche Hermann Brice Kipre (Kapten), Muhammad Alif Zakaria, Pape Abdoulaye Diakite

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN