VIDEO: Aksi Ganas Ronaldo Hanya Layak Diberi Kad Kuning?

Pemain bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo terus mencipta kontroversi musim ini apabila terbaharu, beliau bertindak ganas pula di atas padang.

Bintang Portugal itu bukan pertama kali mencipta sesuatu yang buruk buat imej beliau, dan kali ini Ronaldo terlibat pula dengan satu insiden pergaduhan ketika Manchester United menentang Aston Villa di Villa Park.

https://twitter.com/murtazaball/status/1589277964944183297?s=46&t=42MOYyJoDUlixZoyeGstZA

Aksi pergelutan yang membabitkan Ronaldo bersama pertahanan Aston Villa, Tyrone Mings terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan masing-masing untuk mengelakkan sesuatu lebih buruk berlaku.

Insiden terjadi ketika pasukan tuan rumah selesa mendahului United dengan keputusan semasa 3-1 apabila sebelum itu Leon Bailey, Lucas Digne, dan Jacob Ramsey masing-masing meledak satu gol.

Selepas satu hantaran yang cuba dibuat oleh Garnacho dari sebelah kanan lawan dihalang Matty Cash, pengadil terpaksa menghentikan seketika perlawanan untuk meleraikan pergelutan antara Ronaldo dan Mings.

Pergelutan yang membawa kedua pemain ini saling bergolek di atas padang menjadi semakin teruk sehingga mengakibatkan para pemain lain terpaksa membantu pengadil untuk menghentikannya.

Namun, Ronaldo boleh dikatakan terselamat untuk diarah keluar padang, apabila keputusan pengadil seolah-olah menyebelahi beliau.

Menurut keputusan VAR, Ronaldo jelas ada membuat keganasan terhadap Mings, namun pengadil cuma memberi layangan kad kuning sahaja kepada penyerang United itu.

Selain insiden tersebut, ianya jelas merupakan satu lagi hari yang malang buat United dalam saingan English Premier League (EPL), selepas mereka ketinggalan seawal minit ke-7 hasil jaringan pembukaan Leon Bailey.

Walaupun skuad kendalian Erik teng Hag dilihat cuba mencipta kebangkitan di separuh masa kedua, namun kekebalan benteng pertahanan tuan rumah menafikan segalanya.

Untuk Ronaldo pula, beliau jelas gagal untuk memberi impak terbaik buat pasukan meskipun telah diberi peluang beraksi selaku kesebelasan utama.

Tampil sebagai kapten, beliau jelas gagal mengawal rakan sepasukan dengan lebih baik selain mempamerkan satu contoh buruk menerusi insiden pergaduhan dirinya bersama Mings.

Selepas ini, United sekali lagi bakal menghadapi cabaran Villa untuk saingan EFL Carabao Cup pusingan ketiga pada 11 November.

Namun, ianya pasti akan memberi sedikit perbezaan apabila kali ini giliran skuad kendalian Unai Emery akan berkunjung ke Old Trafford pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN