Piala Malaysia: Memang ‘Peluru Kapoq’, Kedah & JDT Terikat Tanpa Jaringan Di Darul Aman

Rizal Ghazali Leandro Velazquez JDT Kedah Piala Malaysia 2021

Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan sebuah pertembungan menarik walaupun keputusan perlawanan terikat tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2021, sebentar tadi.

Kedah mengasak awal ke kawasan defensive third lawan, sebaik sahaja wisel permulaan ditiup oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali. Tanpa Kipre Tchetche, Kedah mempertaruhkan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal, dibantu Syazwan Zainon dan Fayadh Zulkifli yang buat kali kedua berada dalam kesebelasan utama.

Beraksi di laman sendiri, Kedah tampak bernafsu memburu gol, namun tiada percubaan berbahaya mampu dicipta sepanjang babak pertama. Mereka hanya garang di awal 20 minit pertama sebelum JDT mengambil alih teraju kawalan rentak perlawanan. Gerakan Kedah banyak tersekat apabila bola mula memasuki middle third.

JDT yang turun dengan rekod bersih, tanpa kalah di peringkat kumpulan sebelum ini, adakalanya tampil membuat serangan balas pantas di mana fokus diberikan di sayap kanan yang digerakkan oleh Arif Aiman. Pemain berusia 19 tahun itu licik dan memberi masalah besar kepada bek kiri tuan rumah, Ariff Farhan Md Isa.

Percubaan tepat pertama perlawanan hanya tiba selepas hampir setengah jam perlawanan berlangsung menerusi sepakan percuma lemah oleh Safawi Rasid yang mudah untuk ditangkap penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari. Penjaga gol JDT yang juga kapten pasukan, Farizal Marlias pula diberikan rehat selama 45 minit pertama.

Biarpun diulit dengan masalah tunggakan gaji selama dua bulan sebelum perlawanan suku akhir ini, Kedah mempamerkan aksi membanggakan apabila berjaya mengekang setiap asakan yang cuba dicatur oleh pelawat. Asnan Ahmad yang berada di posisi tengah bertahan tampak menjadi sumber penting ketenangan Kedah.

Sukar menembusi benteng, JDT terpaksa membuat percubaan dari luar kotak penalti antaranya pada minit ke-34 menerusi Bergson da Silva, namun rembatan derasnya sekadar melewati palang gol. Sibuk bertahan dengan deretan asakan pelawat, Kedah tampak sedikit defensif dan sudah tidak mengasak ke kubu pelawat.

Awal babak kedua juga menyaksikan JDT mencuba awal untuk memecahkan struktur benteng tuan rumah, namun ia tampak kukuh sehingga memaksa hanya percubaan jauh mampu digerakkan oleh jentera kreatif JDT yang diketuai Leandro Velazquez dan Natxo Insa yang tampak bergerak aktif di belakang Bergson da Silva.

Sejam buntu mencipta sesuatu, pengendali JDT, Benjamin Mora memasukkan ‘otak’ kreatif segar, Safiq Rahim menggantikan Afiq Fazail. Tentunya Harimau Selatan memerlukan idea baharu untuk merosakkan benteng tuan rumah. Turut dimasukkan, pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh untuk mengukuhkan jentera sayap.

Pemain gantian, Aiman Afif hampir meledak jaringan pertama perlawanan buat tuan rumah, namun percubaan pertamanya yang juga merupakan yang pertama buat Kedah itu sedikit tersasar di sebelah kanan gawang pelawat di minit ke-75. Kemasukkan pemain skuad Harimau Muda itu memberi nafas baharu buat Kedah.

Di penghujung perlawanan, Shahril Sa’ari cemerlang menafikan sepakan percuma oleh Leandro Velazquez berhampiran kotak penalti tuan rumah dan rembatan susulan daripada Bergson da Silva pula sedikit tersasar dari gawang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 November dengan Kedah dan JDT memiliki peluang sama rata tetapi kelebihan buat Kedah yang tidak bolos di tempat sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN