Saingan Piala Malaysia 2022 peringkat suku akhir terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan dua lagi perlawanan untuk menentukan siapa layak ke pusingan separuh akhir.
Salah satu perlawanan yang mencuri tumpuan membabitkan pertemuan antara Terengganu dan Kuala Lumpur City (KL City) yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
🏴🏳 HARI PERLAWANAN SUKU AKHIR KEDUA TM PIALA MALAYSIA 2022 : TERENGGANU FC VS KL CITY FC 🏴🏳
TERENGGANU FC vs KL CITY FC
📆 12 November 2022
⏰ 9.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/HhCn1Jgz5v— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 12, 2022
Pada pertemuan lalu, KL City telah mencatat kekalahan di tangan Terengganu dengan keputusan 0-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan tugas getir menanti mereka untuk mencipta kebangkitan.
Tampil dengan aksi yang sedikit goyah, KL City perlu kembali bangkit dengan corak permainan lebih menyakinkan, jika mereka ingin mara lebih jauh.
Terengganu pula, mereka kini berada dalam momentum terbaik untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah tampil dengan begitu positif sejak saingan Piala Malaysia bermula.
Ini ada tiga pemain yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk mencipta sesuatu yang positif buat pasukan masing-masing.
Kpah Sherman (Terengganu)
Enam gol telah pun dilakar oleh Kpah setakat ini dalam tiga perlawanan dihadapi beliau dalam saingan Piala Malaysia 2022 untuk membuktikan kenapa pemain tersebut perlu diberi tumpuan.
Tampil dengan satu jaringan yang dicatat beliau ketika aksi lalu cukup untuk mengesahkan kemenangan berharga buat Terengganu di gelanggang lawan.
14' GOL | Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat perlawanan ketiga berturut-turut!@KLCityFootball 0-1 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/ghEKWE7sNq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 6, 2022
Kpah tampil positif setakat ini apabila jumlah jaringan yang dihasilkan beliau meletakkan nama pemain itu mengungguli carta penjaring terbanyak Piala Malaysia 2022.
Kelebihan Kpah terletak pada kekuatan fizikalnya yang digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi pertahanan lawan, selain bijak mencari ruang untuk mendapatkan gol.
Faisal Halim (Terengganu)
Pemain berharga Terengganu itu jelas berada dalam prestasi terbaik ketika ini untuk membantu serangan pasukan diwakili beliau dengan sangat cemerlang.
Tiga bantuan jaringan bersama dua gol telah pun dihasilkan oleh pemain ini untuk membuktikan Faisal berada dalam kelas tersendiri ketika ini sebagai pemain tempatan.
29' GOL | Faisal Halim menyudahkan umpanan Kpah Sherman untuk gol kedua!@FCTerengganu 2-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/x53lQPf04s
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Kelincahan dimiliki beliau jelas perlu diberi perhatian penuh oleh pertahanan KL City jika mereka tidak ingin lagi dibolosi pada perlawanan malam ini.
Paulo Josue (KL City)
Walaupun tiada sebarang gol terhasil menerusi pemain ini pada perlawanan lalu, Josue tampil penting untuk mengkucar kacirkan pertahanan Terengganu menerusi gerakannya.
Josue dianggap pemain kunci utama buat KL City sepanjang musim ini dengan banyak terlibat dalam penghasilan gol buat pasukan tersebut.
67' GOL | Paulo Josue menjaringkan gol kelapan peribadinya dalam saingan Liga Malaysia 2022!@officialpdrmfc 0-2 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/aDJKH0xxCx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Menerusi kawalan bola yang lincah serta mempunyai kreativiti dalam membuat hantaran, gerakan pemain ini perlu diawasaj sepenuhnya oleh barisan pertahanan Terengganu untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.