Piala Malaysia: JDT Terlalu Kuat Untuk Terengganu Yang Longlai Di SSI

JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melangkah ke final setelah mudah membenam cabaran Terengganu di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 3-0 serta agregat 4-1.

Dalam aksi panas perlawanan tadi nyata JDT memulakan aksi dengan intensiti yang tinggi untuk pelawat menyerap asakan yang bertali arus.

Hairiey Hakim menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning seawal minit ke-4 apabila dilihat sengaja mengangkat tangan untuk menahan bola.

Pada minit ke-6, Bergson Da Silva menunjukkan taring beliau selaku penyerang apabila menewaskan Suhaimi Husin menerusi rembatan jarak jauh setelah menerima umpanan cantik daripada Natxo Insa.

Belum pun sempat Terengganu menyeimbangkan kembali permainan untuk mencari gol penyamaan, Gonzalo Cabrera hadir selaku pemain kedua yang menghukum kealpaan pasukan pelawat pada minit ke-10 setelah mudah melepaskan rembatan dari dalam kotak penalti.

Tiga minit kemudian, JDT terus tidak menunjukkan belas kasihan dalam permainan yang nyata dikuasai mereka apabila Bergson sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ buat Terengganu untuk menjadikan keputusan semasa 3-0.

Dalam kemeriahan tuan rumah berpesta gol, insiden layangan kad merah merencatkan sedikit aksi permainan di atas padang apabila Safiq Rahim sengaja menanduk Faisal Halim untuk membuatkan pemain senior itu diarah keluar padang.

JDT
GAMBAR: Syamil Rosli (PFA Malaysia)

Kelebihan yang dilihat menjelma buat Terengganu digunakan mereka sebaiknya untuk kembali bangkit menyusun gerakan. Namun beberapa siri percubaan yang cuba dilancarkan oleh anak buah Nafuzi Zain gagal menemui penyudah.

JDT yang sedikit tempang tanpa seorang pemain nyata lebib banyak bertahan dan menggunakan kepantasan Arif Aiman untuk mencipta serangan balas.

Peluang terbaik hadir buat Terengganu apabila hantaran Azarul Nazarith yang berjaya mengelirukan penjaga gol dan pertahanan lawan gagal disudahkan dengan baik oleh Mintah walaupun pintu gol terhidang luas pada minit ke-38.

Menjelang separuh masa kedua,tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai kedua pasukan ini. Intensiti diperlahankan tuan rumah apabila menyedari kekurangan 1 pemain.

Bergson berjaya melepaskan percubaan pada minit ke-49 namun rembatan kaki kiri beliau sedikit tersasar untuk menemui penyudah.

Pada minit ke-55, JDT hampir memperoleh gol keempat perlawanan serta hatrik buat Bergson namun peluang baik yang terbuka itu disia-siakan oleh Bergson yang rembatan beliau tersasar dari gawang gol.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai pelawat, Terengganu apabila pasukan ini gagal menemui ruang dan peluang yang baik untuk sekurangnya menguji Farizal Marlias.

Pada minit ke-64, Hairiey berjaya mencemaskan kubu JDT apabila rembatan deras beliau dari luar kotak penalti terpaksa ditepis keluar oleh Farizal.

Nik Akif dilihat bermasalah dalam mengawal ruang tengah Terengganu malam ini apabila hantaran-hantaran beliau sering tersasar dan tidak berjaya melepaskan hantaran akhir buat penyerang.

Pada minit ke-67, Nik Akif berjaya mendapat ruang untuk melepaskan percubaan namun sepakan beliau tersasar dari gawang gol tuan rumah.

Beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh kedua pasukan namun gagal untuk merobek antara satu sama lain dan lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Penghujung permainan, Syafiq Ismail mendapat ruang melepaskan rembatan menerusi kaki kiri namun rembatan yang dibuat beliau tersasar.

Keputusan kekal dengan tiupan wisel penamat dibunyikan apabila JDT menang bergaya keatas Terengganu untuk mara ke final Piala Malaysia tahun ini.

Lawan mereka samaada Melaka United atau KL City yang masih lagi berlangsung setelah tertunda seketika akibat masalah lampu limpah di stadium.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim: Farizal Marlias (penjaga gol) (ketua pasukan), Matt Davies, Mauricio, Shane Lowry, S. Kunanlan, Afiq Fazail, Natxo Insa, Safiq Rahim, Gonzalo Cabrera, Bergson da Silva, Arif Aiman

Terengganu: Suhaimi Hussin (penjaga gol), Shahrul Nizam, Argzim Redzovic (ketua pasukan), Hairey Hakim, Azarul Nazarith, Habib Haroon, Dechi Marcel, Zuasyraf Zulkiefle, Faiz Nasir, Faisal Halim, Jordan Mintah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN