Piala Malaysia: Adakah Selangor Bakal ‘Dikuburkan’ Terus Oleh Terengganu?

Selangor kini dilihat berada dalam laluan yang sangat berliku bagi aksi suku akhir Piala Malaysia 2023 jika mereka mempunyai impian untuk cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sebelum itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencatat kekalahan 0-2 di tangan Terengganu ketika aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Pada aksi tersebut, Selangor menampilkan aksi cukup tidak konsisten dengan Terengganu lebih mendominasi aksi sehingga menghasilkan dua jaringan sehingga ke wisel penamat.

Dua gol Terengganu terhasil menerusi jaringan penalti penyerang import mereka iaitu Ivan Mamut serta ledakan minit akhir daripada Syahmi Zamri untuk memberi kekalahan buat Selangor di gelanggang pelawat.

Masalah Selangor pada perlawanan tersebut jelas terarah kepada kualiti serangan mereka yang terlalu tumpul sehingga banyak peluang terhidang disia-siakan mereka.

Walaupun pada perlawanan tersebut Cheng Hoe telah pun menyenaraikan dua penyerang import mereka iaitu Ayron Del Valle serta Richmond Boakye, pasukan tersebut masih gagal untuk menterjemahkan sebarang peluang gol.

Pastinya isu tersebut mahu diatasi segera bagi aksi malam ini kerana Selangor mahu memadam segera kelebihan dua gol dimiliki skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.

Cabaran besar mereka malam ini sudah tentu terarah kepada gandingan pertahanan Terengganu yang sangat ampuh selepas langsung tidak bolos selepas mengharungi lima perlawanan.

Gandingan Shahrul Azam Azmi Murad bersama Safwan Mazlan, Shahrul Nizam, serta Alif Zakaria jelas berada dalam momentum tersendiri kini sebagai sumber kekuatan pasukan.

Menerusi keyakinan mereka ketika menghalang Central Coast Mariners daripada bolos sebarang gol, pastinya kini Terengganu hadir dengan lebih bermotivasi untuk menyerap tekanan Selangor.

Pada masa sama, The Red Giants perlu memperbaiki segera isu kelekaan mereka yang jelas memberi masalah sehingga membenarkan Sang Penyu mengeksploitasi kelemahan tersebut sepanjang aksi berlangsung.

Beraksi di laman sendiri malam ini, Selangor perlu menggunakan segala cara yang perlu untuk memastikan peluang pasukan tersebut cerah bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Menerusi tempoh cuti sebelum ini dimiliki, pastinya Cheng Hoe sudah mempunyai ramuan tersendiri untuk memastikan The Red Giants melakar keputusan positif di halaman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN