Piala Malaysia 2019: Ini Satu Musim Yang Menakjubkan Buat Kedah

Aidil Sharin Kedah Piala Malaysia

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menerima kekalahan dengan hati yang terbuka selepas melihat skuad serba kekurangannya tewas mudah 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sebelum aksi, Kedah telah pun kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali. Kemudian, penjaring terbanyak, Fernando Rodriguez pula dilanda kecederaan ketika memanaskan badan sebelum bek kiri, Azmeer Yusof pula hanya sempat beraksi 15 minit dalam babak pertama perlawanan.

“Ia akan berbeza jika kami memiliki semua pemain terbaik kami tetapi kita harus terima keputusan perlawanan ini,” jelas Aidil Sharin dalam sidang media selepas perlawanan berakhir.

Begitupun, pengendali berusia 42 tahun itu tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan kekalahan skuadnya kerana baginya, JDT adalah pasukan yang lebih berkualiti dan para pemainnya telah berikan segalanya sepanjang perlawanan dan sepanjang musim ini.

“Bukan senang bermain menentang JDT, pasukan yang memiliki banyak kualiti. Dan kita tanpa tiga pemain penting, tetapi itu bukan satu alasan [kekalahan]. Apa yang penting, ia satu perjalanan yang sangat baik bermula dengan liga, Piala FA dan kini Piala Malaysia.

“Saya perlu beri kredit kepada semua pemain saya dan barisan kejurulatihan untuk semua ini. Ia adalah satu perjalanan yang menakjubkan,” tambahnya lagi yang turut berbangga dengan apa yang telah dipamerkan oleh barisan pemain Helang Merah.

Kedah terpaksa membuat perubahan kepada kesebelasan utama dengan kemasukkan Khairul Helmi Johari, Amirul Hisyam Awang Kechik, Zaquan Adha Abdul Razak dan Norfiqrie Abd Talib namun akhirnya tewas menerusi ledakan Leandro Velazquez, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad dalam pertarungan yang dikuasai JDT.

“Kini saya sudah tahu dimana kelebihan dan kekurangan kita, tentu sekali kita akan kuatkan pasukan dengan apa yang kita perlukan [musim depan]. Paling penting buat kita ketika ini adalah untuk pulihkan diri. Masa berlalu dengan pantas dalam kejohanan ini.

“Ya, kita tentunya sudah ada perancangan untuk musim hadapan dan kita mahu jadi lebih baik berbanding musim ini,” jelas Aidil Sharin selepas melihat skuad kendaliannya gagal melunaskan dendam kekalahan kepada JDT pada edisi 2017 yang lalu.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN