Piala Malaysia 2018: MIFA Enggan Lepaskan Peluang Ke Suku Akhir

Tatkala 6 pasukan sudah pun mengesahkan tiket beraksi di peringkat suku akhir dalam saingan unifi Piala Malaysia, 2 lagi slot menjadi rebut diantara Kedah, MIFA, JDT dan Kelantan.

Pertemuan di antara MIFA menentang juara Liga Super 2018, JDT di Stadium Shah Alam pada 16 September ini akan mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air kerana perlawanan dijangka akan berlangsung dengan sengit.

Buat masa ini, JDT amat memerlukan kemenangan bagi mengesahkan tiket ke suku akhir tetapi anak buah K Devan sedia mencipta kejutan  dan enggan membiarkan impian mereka lebur.

“Kita sedar kedudukan MIFA agak mencabar untuk layak ke suku akhir selepas kita sekadar mengutip satu mata ke atas Kelantan dan tidak dinafikan kita akan berdepan tugas berat dalam misi merealisasikan sasaran layak ke suku akhir.

“Kita akan bertemu JDT pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C di Shah Alam, walaupun kita hanya memerlukan keputusan seri untuk layak tetapi ia bukan suatu tugas mudah kerana lawan adalah pasukan handalan.

“Namun, saya yakin peluang masih ada buat MIFA dan kita akan melakukan persiapan yang lebih rapi menjelang perlawanan terakhir itu nanti untuk memastikan pasukan dapat membuat persembahan lebih baik dan mencapai kemenangan,” katanya pengurus MIFA, K. Rajendran kepada Berita Harian.

Sesi latihan pasukan MIFA. FOTO: MIFA

MIFA kini mengungguli carta Kumpulan C dengan kutipan lapan mata berkongsi mata dengan Kedah, manakala JDT dengan enam mata di tangga ketiga.

Kehadiran semula pemain utama mereka,  Kpah Sherman dan L` Imam Seydi dalam kesebelasan utama selepas mereka tidak beraksi ketika menentang Kelantan akan memperkuatkan lagi jentera serangan mereka.

“Memang ada perbezaan apabila kedua-dua pemain utama itu tidak beraksi. Kami akan buat yang terbaik apabila berdepan JDT nanti dan saya mengharapkan pemain kekal fokus untuk memastikan impian layak ke suku akhir dapat direalisasikan,” katanya.

Tempoh rehat dua minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya apabila mengaturkan perlawanan persahabatan dengan kelab dari India, Chennaiyin FC dimana mereka seri 1-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN