Kenali Mauricio Serna, Pemain Ada Bakat Scouting, Tetapi Disalahguna

Memang ada pemain yang ada minat yang tinggi dalam scouting serta melakukan analisis data mereka sendiri.

Sebagai contoh, ketika Julian Nagelsmann menjadi pemain remaja, beliau kerap cedera.

Dan ketika itu beliau banyak melakukan analisis dan data scouting beliau sendiri.

Kerja beliau mendapat perhatian Thomas Tuchel yang ketika itu pengurus beliau.

Ini kerana, ketika beraksi untuk pasukan remaja Augsburg, Thomas Tuchel sudah menghidu bakat istimewa Nagelsmann.

Pada waktu itu juga Tuchel menjadikan Nagelsmann sebagai scouter ‘separuh masa’.

Pada musim 2008/09, Nagelsmann mengakui terkejut apabila Tuchel memanggil beliau dan mengarahkannya untuk memantau dan menganalisis data pasukan yang akan ditentang mereka.

Nagelsmann membentangkan data yang dikumpul beliau dan dilaporkan kepada Thomas Tuchel. Hampir tidak ada pemain remaja di Jerman pada usia beliau melakukan tugasan ‘profesional’ itu.

Selepas berjaya membentangkan tugasan pertama, beliau seakan-akan menjadi penganalisis dan penasihat taktikal separuh masa oleh Tuchel.

“Itulah bibit-bibit awal karier kejurulatihan saya. Saya belajar banyak perkara daripada beliau (Tuchel).”

Itu kisah Julian Nagelsmann, namun kisah pemain yang kami mahu ceritakan kali ini berbeza walaupun ada inisiatif yang sama tinggi.

Mauricio Serna penganalisis kecederaan

Mauricio Serna adalah pemain yang bermain di Liga Argentina. Beliau merupakan bekas pemain Boca Juniors. Beliau mengakui dia gemar melakukan analisis dan scouting sendiri.

Serna antara nama dianggap legenda oleh penyokong Colombia. Beliau pernah bergandingan dengan Oscar Córdoba dan Patrón Jorge Bermúdez pada era 90-an.

Rakan beliau memang kerap melabel beliau sebagai pemain yang penuh dengan strategi dan kebijaksanaan di dalam padang. Ya, antara aksi terbaik beliau ketika mengawal Pablo Aimar di Superclasico,

Namun ianya lebih terarah kepada sejarah kecederaan pemain, jenis kecederaan dan di mana tempat kecederaan itu.

Pengakuan beliau ini agak kontroversi. Beliau akan mengkaji kecederaan beberapa pemain terutama sekali untuk perlawanan Superclasico melibatkan Boca Juniors dan River Plate.

“Saya akan mengkaji tentang pemain lawan. Ianya berkaitan dengan kecederaan mereka.”

“Saya lakukan persiapan itu dalam setiap perlawanan.”

“Data itu penting untuk kegunaan saya.”

“Saya akan gunakannya untuk melancarkan permainan kotor saya di dalam padang.”

“Dalam beberapa kes terpencil saya terpaksa membentes pemain kerana terpaksa.”

Beliau memberikan contoh, antara pemain yang beliau pernah kaji untuk dikerjakan di dalam padang adalah Pablo Aimar.

“Saya perlu menghentikan Aimar dalam Superclasico kerana dia terlalu laju. Jadi saya dapat tahu yang Aimar ada rekod kecederaan di buku lali.”

“Saya sanggup menonton kembali perlawanan melibatkan Aimar di televisyen untuk mengesahkan data saya.”

“Pada hari perlawanan Aimar membalut buku lali luarnya dengan pembalut. Namun yang sakit adalah sebelah yang dia tak balut.”

“Saya tahu dia cuba mengelirukan lawananya tentang kecederaan itu, namun saya memegang kakinya yang berbalut dan berkata, tenang, saya akan berikan anda hentaman yang lebih baik.”

“Dan ketika perlawanan saya berikan dia sedikit sentuhan.”

“Saya mendapat kad seawal 3 minit. Namun saya sebenarnya kad itu memang sudah dalam perancngan saya.”

“Jadi, saya kena berhati-hati sepanjang perlawanan.”

Diharap selepas ini Mauricio Serna akan menggunakan bakatnya di tempat yang betul.

Menggunakan data kajian kecederaan untuk memberitahu pemain apa risiko yang akan mereka hadapi ketika berhadapan dengan pemain kotor.

Jangan pula dia teruskan karier dan ada kelab menawarkan dia jawatan mengkaji kecederaan untuk mencederakan pemain lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN