Insiden ‘Ada Tengok Piala Dunia?’, Neymar Anggap Yedlin Menyedihkan

Neymar

Neymar adalah bintang utama dalam skuad Brazil. Beliau merupakan pemain berbakat yang memiliki kepantasan dan menjadi ikutan ramai di seluruh dunia.

Namun Neymar jelas bukan seorang yang suka dibahan. Sebelum ini, beliau membalas balik troll daripada penyokong lawan dengan melakukan aksi menangis di hadapan banner yang dutulis, Neymar si bayi menangis.

Neymar tidak terhibur dengan lawak oleh De Andre Yedlin yang bertanya kepada pengadil:

‘Awak ada tengok Piala Dunia kan?’

Yedlin berbuat demikian mengingatkan pengadil bahawa Neymar adalah pemain yang suka berlakon untuk mendapatkan sepakan percuma.

Pengadil, Fernando Guerrero meniup wisel selepas Neymar dijatuhkan. Yedlin merasakan Neymar sengaja menjatuhkan diri dan berlakon berlebihan untuk mendapatkan perhatian dan sepakan percuma.

Rakaman video jelas menunjukkan Yedlin mengingatkan pengadil akan kelakuan Neymar ketika Piala Dunia lalu.

Kapten Brazil itu telah menjadi bahan di internet kerana aksi berguling beliau.

Neymar bercakap kepada wartawan selepas perlawanan. Beliau ditanya tentang reaksi beliau ke atas apa yang dilakukan Yedlin.

“Saya cuma rasa sedih untuk beliau. Dia ni jenis pemain….’

“Tak tahulah saya nak cakap apa. Dia bukan pemain yang saya perlu ambil kisah sangat.”

Neymar menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan 2-0 Brazil ke atas Amerika Syarikat. Satu lagi gol sumbangan Roberto Firmino.

Brazil selepas ini akan berhadapan dengan El Salvador dalam perlawanan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN