Menjelang aksi separuh akhir Piala FA 2022 malam esok melibatkan Terengganu dan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), pastinya ia akan diberi tumpuan kerana kedua pasukan ini masing-masing berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke final.
Terengganu mungkin dilihat sedikit berkelebihan kerana beraksi di laman sendiri dan pastinya sorakan para penyokong bakal menaikkan motivasi mereka pada perlawanan tersebut.
3️⃣ HARI LAGI! 🏴🏳️#PIALAFA22#SEMIFINAL#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/pHd6UK6lXd
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) August 3, 2022
Kelab tersebut juga pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk melangkah ke peringkat akhir setelah sekian lama mereka tidak menggenggam sebarang kejuaraan peringkat domestik.
Penyerang import mereka, Tchetche Kipre pastinya antara yang dahagakan kejuaraan bersama Terengganu setelah mengalami detik pahit sewaktu bersama kelab tersebut pada tahun 2019 lalu, sebelum menyertai Kedah Darul Aman (KDA) pada musim berikutnya sehingga 2021.
Pada tahun 2019 ketika bersama Terengganu, Kipre antara pemain yang merasai kepahitan bersama pasukan tersebut setelah Terengganu tewas dengan keputusan agregat 2-5 di tangan Sri Pahang ketika aksi suku akhir Piala FA.
Sekembalinya beliau musim ini bersama Terengganu, pastinya Kipre sedia untuk menebus kekecewaan tersebut pada aksi separuh akhir ini menentang Selangor pada malam esok.
GOAL REACTION : EVERYBODY LOVES THAT MOMENT 💥
Things you would love to see in every game.
Sweet cross by Petrus Shitembi and brilliant header by Kipre Tchetche.this reaction hyped by @RadiomanisFm #TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/DEc99s9f9r
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 24, 2022
Penyerang lincah ini juga jelas memasang tekad untuk memberi aksi yang terbaik malam esok memandangkan beliau bakal beraksi di halaman sendiri berhadapan ribuan para penyokong Terengganu.
Walaupun begitu, Kipre turut mengakui tugasan malam esok jelas sesuatu yang getir serta sukar untuk mereka hadapi memandangkan Selangor juga bukan calang-calang pasukan.
“Kami ada rekod baik bermain di tempat sendiri. Kami masih boleh mengekalkan rekod tanpa kalah di sini, jadi ini antara sebab yang mampu memotivasikan kami ketika bermain walaupun sedar pasukan lawan bukan mudah untuk ditundukkan.
“Namun paling penting kami perlukan rehat yang cukup. Kami perlu kembali cergas 100 peratus dan berikan yang terbaik pada perlawanan Sabtu ini.
“Kenangan pahit ditewaskan Pahang pada aksi suku akhir pada 2019 masih saya ingat, namun kini kami selangkah lagi untuk ke final, jadi pastinya kami akan beraksi habis-habisan bagaikan pentas final,” katanya ketika ditemui Berita Harian.
Dalam masa sama, Kipre juga mengharapkan agar para penyokong mampu memberi sorakkan padu buat Terengganu agar dapat menyuntik semangat setiap pemain untuk beraksi dengan lebih baik.
79' GOL | Tchetche Kipre meledak sekali lagi!@FCTerengganu 3-1 @OfficialKCFC #PialaFA2022 pic.twitter.com/Hzr54FWxc9
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 23, 2022
Untuk rekod terdahulu pertemuan melibatkan kedua pasukan ini, Terengganu berjaya menewaskan Terengganu di laman sendiri dalam aksi Liga Super lalu dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Mohd Faisal Halim serta Kipre sendiri.