Penyerang Negeri Sembilan iaitu Sean Selvaraj melaungkan keyakinan skuad diwakilinya mampu mencipta kejutan untuk mengatasi Selangor pada saingan suku akhir Piala FA 2023.
Negeri Sembilan dijangka bakal berdepan tugas getir pada aksi hari ini berdepan Selangor dengan mempunyai sedikit kelebihan iaitu beraksi di laman sendiri, Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi.
Selamat pagi #SekalianYangSetia.
Bola sepak sebenar hanyalah di stadium. Nikmatnya tidak sama seperti menonton di televisyen atau gajet anda.
Jangan lupa untuk membeli tiket perlawanan suku akhir Piala FA menentang Selangor FC. pic.twitter.com/M49qiRM59a
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 26, 2023
Walaupun tampil kurang menyakinkan pada aksi Liga Super, Negeri Sembilan jelas mempunyai misi tersendiri untuk cuba melakar kejayaan bermakna dalam saingan Piala FA berbanding musim lalu.
Pasukan tersebut juga dijangka akan bermati-matian pada aksi ini untuk cuba menewaskan Selangor serta melayakkan diri ke pusingan separuh akhir di hadapan ribuan penyokong Hobin Jang Hobin.
Jelas Sean, beliau bersama rakan sepasukan lain sememangnya menyedari rekod pertemuan membabitkan Negeri Sembilan dan Selangor lebih memihak kepada pasukan lawan sejak kebelakangan ini.
Namun, ia dianggap tidak mematahkan semangat mereka untuk cuba melakar kejayaan serta sejarah lalu juga tak wajar dijadikan ukuran semasa prestasi kedua pasukan tersebut.
Malah, beberapa faktor lain juga sebenarnya membantu mana-mana pasukan untuk memperoleh kejayaan selain mengenangkan rekod keputusan lalu.
“Rekod pertemuan bukan ukuran sebenar tetapi prestasi dan persembahan ketika perlawanan yang akan menjadi penentu pasukan mana yang akan memenangi perlawanan.
“Bagi pertembungan dengan Selangor malam esok, kami akan menggandakan usaha dan mempamerkan persembahan terbaik untuk memburu kemenangan bagi membawa pasukan mara ke pusingan separuh akhir.
“Selepas musim lalu kami gagal melangkah lebih jauh saingan Piala FA ini, kali ini kami mahu manfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan kemenangan,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Sean tetap mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah untuk mereka menewaskan Selangor, namun segalanya tiada yang mustahil.
Happy Birthday, Sean Selvaraj ❤️
Semoga terus berjaya dan bersinar dalam kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak.
Hobin Jang Hobin! pic.twitter.com/bEF1iqCQZX
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) April 11, 2023
“Saya akui Selangor memiliki kelebihan dari segi pemain terutama import berbanding kita, tapi itu boleh diatasi jika semua pemain Negeri Sembilan yang diturunkan nanti dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang tempoh permainan.
“Apa yang penting kami perlu berusaha mencipta lebih banyak peluang jaringan dan menterjemahkan peluang itu dengan sebaiknya ke dalam gawang Selangor.
“Kami akan berjuang habis-habisan dan dengan sokongan padu penyokong, saya yakin dan percaya pasukan berpeluang mencipta kejutan dengan keputusan yang mengembirakan,” katanya lagi.