Piala FA: Terengganu Ada Peluang Besar Untuk ‘Baham’ Kelantan

Saingan suku akhir Piala FA 2023 akan berlangsung hari ini dengan salah satu perlawanan membabitkan Terengganu menentang Kelantan di Stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Beraksi di laman sendiri, Terengganu mempunyai peluang cukup cerah untuk mengatasi pelawat menerusi sorakan motivasi daripada penyokong Sang Penyu.

Musim ini sebenarnya bukan sesuatu yang terlalu baik buat Terengganu, selepas rombakan secara besar-besaran dibuat mereka, termasuk menggantikan khidmat pengendali terdahulu iaitu Nafuzi Zain.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, Sang Penyu dilihat mengambil lebih banyak masa untuk mengadaptasi corak permainan diterapkan oleh jurulatih dari Croatia itu.

Walaupun begitu, ketika ini Terengganu dilihat semakin stabil di segenap posisi serta mempamerkan corak permainan lebih baik berbanding awal permulaan Liga Malaysia (Liga M) sebelum itu.

Berbanding pelawat, The Red Warriors masih lagi mencari-cari rentak terbaik mereka dengan kali terakhir pasukan tersebut mencatat kemenangan pada 14 April lalu dalam aksi 16 terbaik Piala FA ketika menewaskan Manjung City.

Dalam aksi Liga Super, segalanya tidak baik buat pasukan ini dengan mereka merekodkan siri-siri kekalahan mengaibkan walaupun beraksi di laman sendiri.

Tampil dengan motivasi yang rendah, pastinya peluang untuk Kelantan cuba meranapkan impian Terengganu ke pusingan separuh akhir dilihat semakin kelam.

Malah, kedudukan pengendali mereka iaitu Frank Bernhardt juga boleh dikatakan sangat berbahaya kerana masih lagi gagal untuk memberi sebarang mata buat Kelantan.

Apatah lagi, pasukan tersebut juga mempunyai pelbagai isu luar padang yang tidak enak didengari oleh para penyokong dan memberi kesan tidak baik buat para pemain ketika ini.

Menerusi rekod sebelum itu dalam pertemuan liga, Kelantan mencatat kekalahan besar kepada Terengganu menerusi keputusan penuh 0-5 di SSMZA hasil jaringan Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, dua jaringan Ivan Mamut, serta Hakimi Abdullah.

Ianya pasti meninggalkan kesan mendalam buat pasukan tersebut, dan menjadi suatu motivasi terbaik buat Terengganu untuk meneruskan momentum kemenangan mereka mengatasi Kelantan.

Apapun, segalanya boleh berlaku dan pastinya Steinbruckner tidak ingin dibayangi kemenangan lalu serta memberi fokus sepenuhnya untuk merencana strategi ampuh menghadapi Kelantan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN