Piala FA: Sabah Hilang 3 Tonggak Penting Untuk Berdepan KL City

Sabah bakal menghadapi aksi getir mereka pada hari ini dalam saingan suku akhir Piala FA 2023 untuk menentang Kuala Lumpur City (KL City) di laman sendiri iaitu Stadium Likas.

Berkelebihan beraksi di laman sendiri, pastinya Sabah tidak ingin mempersiakan sebarang peluang untuk menjadi salah satu pasukan yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Walaupun begitu, dilaporkan pasukan ini mungkin terlepas tiga pemain penting mereka untuk menghadapi cabaran pelawat yang pastinya akan memberi cabaran sengit sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Tiga pemain kendalian Datuk Ong Kim Swee yang dijangka bakal terlepas untuk aksi ini ialah penyerang lincah import mereka iaitu Saddil Ramdani, Kwang Min-ko, serta Irfan Zakaria.

Umum mengetahui tiga pemain tersebut merupakan antara nadi penting Sabah pada musim ini dan dijangka mereka tidak dapat disenaraikan Ong untuk berdepan pelawat.

Jelas Ong, beliau mengakui aksi ini merupakan sesuatu yang getir untuk dihadapi kerana ia merupakan format kalah mati dan pastinya mereka tidak rela kecundang di hadapan ribuang penyokong sendiri.

“Apa yang pasti Saddil tidak dapat beraksi malam esok, manakala Kwang Min Ko dan Irfan Zakaria baru saja pulih daripada kecederaan.

“Saya akan pantau tahap kecergasan mereka dan berharap mereka dapat pulih sepenuhnya untuk bersama-sama pasukan kita esok.

“Kita harus mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri untuk memastikan layak ke peringkat seterusnya seperti yang kita inginkan,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga tidak mahu para pemain terlalu memikirkan peluang mara ke separuh akhir sehingga memberi kesan fokus mereka di atas padang pada hari perlawanan.

“Saya tidak mahu pemain memikirkan untuk layak ke separuh akhir sehingga hilang fokus pada perlawanan.

“Kita tidak mahu tewas di Likas terutama di hadapan penonton sendiri. Oleh itu pemain perlu menjalankan tugas mereka dan membuktikan Sabah layak ke peringkat seterusnya,” katanya lagi.

Sebelum itu, dua pasukan sudah pun mengesahkan tiket mereka untuk mara ke pusingan separuh akhir iaitu Terengganu serta Selangor, setelah masing-masing cemerlang menumpaskan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN