PSSI Tak Jamin Lionel Messi Akan Datang Ke Indonesia

Ketika ini, penyokong bola sepak Indonesia boleh dikatakan sangat gembira kerana satu lagi kenangan manis akan tercipta selepas Argentina mengesahkan akan tiba di sana untuk aksi persahabatan.

Sebelum itu, laman rasmi Argentina telah pun mengesahkan mereka akan tiba ke Asia pada bulan Jun ini untuk menentang dua negara iaitu Australia dan Indonesia.

Argentina akan menghadapi cabaran Australia terlebih dahulu di China sebelum itu pada 15 Jun sebelum menguji Indonesia empat hari kemudian di Jakarta.

Antara yang dinantikan oleh para pemain termasuk penyokong Indonesia pastinya terarah kepada kelibat bintang Argentina iaitu Lionel Messi untuk tiba di sana serta beraksi menentang Sang Garuda.

Walaupun begitu, Persatuan Sepak Bola seluruh Indonesia (PSSI) telah pun mengeluarkan satu kenyataan yang mungkin kurang senang didengari oleh para penyokong Sang Garuda menjelang aksi persahabatan tersebut.

Jelas Anggota Komite Eksekutif (Exco) iaitu Arya Sinulingga, beliau menyatakan ketika ini mereka belum pasti kehadiran Messi di Jakarta walaupun media Argentina berkata pemain sah bakal mengikuti aksi persahabatan di Asia.

“Setakat ini kami masih belum dapat pastikan tentang kehadiran Messi ke Jakarta kerana belum mendapat perkhabaran lebih jelas.

“Ini kerana, mungkin ada sesuatu yang berlaku tetapi kita tidak tahu. Tak ada siapa yang dapat pastikan lagi pemain mana yang akan bersama Argentina tiba di Jakarta untuk menentang Indonesia.

“Pada saya siapa yang datang pun sama sahaja. Argentina menjadi juara dunia bukan kerana Messi sahaja, tetapi disebabkan rakan sepasukan lain yang berganding bahu.

“Ada Angel Di Maria yang menyumbang tenaga serta para pemain lain di atas padang selain Messi sahaja. Kalau penjaga gol Argentina tak ada apa Messi boleh buat?

“Ini sebab kami mengundang semua pemain Argentina, bukan hanya Messi seorang ke Jakarta untuk berdepan Indonesia,” jelas beliau menerusi CNN Indonesia.

Selain Messi, hampir semua pemain Argentina yang membarisi skuad Piala Dunia lalu dibarisi oleh bintang-bintang handalan dunia dan telah beraksi di sekitar Eropah bersama kelab terkemuka.

Nama-nama seperti Lisandro Martinez, Emiliano Martinez, Enzo Fernandez, serta ramai lagi dijangka akan hadir ke Jakarta dan menjadi sejarah baharu dalam dunia bola sepak Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN