Piala FA: Pengendali JDT Anggap Penang Sebagai Lawan Yang Sukar

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari mengakui Penang sebagai lawan yang sukar untuk dihadapi menjelang aksi suku akhir Piala FA 2023.

JDT bakal membuat perhitungan bersama Penang untuk aksi kali ini dalam misi mereka untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya serta mempertahankan kejuaraan pada musim lalu.

Musim ini boleh dikatakan segalanya tampak sempurna buat JDT dalam saingan Liga M, selepas pasukan tersebut cemerlang merekodkan semua kemenangan semasa serta hanya dibolosi satu jaringan sahaja.

Walaupun begitu, pengendali baharu mereka iaitu Solari tetap membuat persediaan rapi untuk menghadapi mana-mana lawan untuk terus menjaga imej pasukan serta rekod semasa tersebut.

Untuk aksi berdepan Penang, persediaan rapi telah dibuat pengendali tersebut selepas menyedari kualiti dimiliki mereka yang dianggap mampu mencipta kejutan tidak diingini.

Jelas Solari, Penang memiliki corak permainan yang sangat baik serta pantas di atas padang dan dianggap sukar buat beliau untuk dihadapi para pemain kendaliannya di laman sendiri.

“Kami memberi penekanan terhadap latihan ‘set-piece’ dan persiapan tampak berjalan dengan baik malah pemain perlu meneruskan latihan selepas aksi menentang Sri Pahang FC, Rabu lalu dan pemain tampak sudah bersedia untuk aksi kalah mati,” kata Solari menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, pertahanan import JDT iaitu Jordi Amat pula tampil bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal dibuat oleh pelawat pada perlawanan hari ini.

“Aksi suku akhir amat penting bagi kami kerana selaku juara bertahan sudah tentu mahu meneruskan momentum untuk melangkah ke separuh akhir.

“Tapi dalam masa yang sama kami perlu berwaspada dengan taktikal permainan Penang yang bakal beri tekanan pada perlawanan itu nanti.

“Oleh itu, kami perlu fokus sepanjang 90 minit permainan dan tidak boleh membuat kesilapan kerana kami tahu Penang bukanlah pasukan yang lemah malah mereka ada kekuatan tersendiri.

“Bukan sahaja saya malah rakan sepasukan sudah 100 peratus bersedia. Sejak dari hari pertama pra musim di Dubai, kami bercakap tentang perkara ini dan kini kami cuba untuk memperbaiki persembahan setiap minggu,” jelas Jordi.

Selain itu, Jordi juga tidak kisah digandingkan bersama mana-mana pemain bagi membentuk kombinasi pertahanan lebih mantap untuk menyerap segala bentuk serangan dilancarkan Penang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN