Piala FA: Peluang Penang Tipis Untuk Ke Separuh Akhir

Aksi suku akhir Piala FA 2023 terus berlangsung dengan membabitkan satu lagi perlawanan tumpuan membabitkan antara johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Penang yang sebelum itu cemerlang mengharungi dua pusingan untuk mengetepikan Kedah Darul Aman (Kedah) dan Kuching City bakal berdepan satu lagi aksi getir untuk menghadapi JDT.

Seperti diketahui, Penang menjadi antara pasukan yang membuat rombakan dalam kalangan pemain tempatan serta import, selain Manzoor Azwira kembali menjawat tugas utama selaku pengendali.

Walaupun begitu, Penang memulakan perjalanan liga dengan sedikit perlahan untuk melakar empat kemenangan sahaja setakat ini daripada 12 perlawanan dihadapi.

Terbaharu, pasukan ini meneruskan rentak negatif mereka untuk mencatat dua kekalahan berturut-turut sebelum menghadapi aksi suku akhir Piala FA.

Ketika ini, pastinya motivasi pemain sedikit menurun dengan siri kekalahan yang menimpa untuk kembali mencipta kebangkitan penting di SSI berdepan JDT.

Tambahan pula, lawan mereka itu pastinya akan bermain secara bermati-matian untuk terus mempamerkan karakter sebagai salah satu pasukan pilihan selepas tampil juara tahun lalu.

JDT musim ini boleh dianggap sebagai pasukan paling kuat pernah dibentuk, selepas mereka tampil dengan kekuatan yang sangat lengkap di segenap posisi serta aksi cukup menyakinkan.

Hasilnya, mereka masih belum pernah tewas musim ini kepada mana-mana pasukan serta hanya dibolosi satu jaringan sahaja ketika aksi Liga Super menentang Kelantan.

Atas kertas, adalah sesuatu yang mustahil untuk Penang melakar kemenangan jika dilihat daripada segi perbandingan kekuatan semasa bersama JDT daripada segenap aspek.

Namun ianya bukan mustahil jika pemain Penang mampu mempamerkan corak permainan lebih berdisiplin serta bermotivasi tinggi untuk membantu pasukan mara ke pusingan separuu akhir musim ini.

Apapun, pertemuan ini adalah sesuatu yang menarik untuk dilihat kerana kedua pasukan tampil bertembung buat pertama kali pada musim 2023 di atas padang, setelah masih lagi belum membuat perhitungan untuk saingan Liga Super.

Kelibat penyerang Penang iaitu Soony Saad pastinya antara yang menjadi tumpuan utama para penyokong untuk melihat kemampuan beliau mengatasi disiplin pertahanan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN