Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui pasukannya gagal mempamerkan corak permainan seperti yang diharapkan dan tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini.
Malah, beliau juga tidak menyangka barisan pertahanan pasukannya melakukan kesilapan mudah sehingga dibolosi dengan tiga gol di separuh masa pertama sekaligus menutup peluang untuk mara ke perlawanan akhir.
"Mentaliti kita agak takut untuk melepaskan gol membuatkan pemain fokus bertahan,"
Berikut merupakan antara reaksi daripada Dollah Salleh, ketua jurulatih Pahang selepas tamat perlawanan Separuh Akhir Kedua Shopee Piala FA diantara #PRKPHG.#ShopeePialaFA2019#MFLLive pic.twitter.com/0XZoQ2qoAg
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 29, 2019
“Kita lihat segalanya seperti tidak menjadi pada perlawanan malam ini (semalam). Kita terlalu tumpukan untuk bertahan dan Perak membuat serangan demi serangan dan perkara itu menyebabkan barisan pertahanan membuat kesilapan.
“Selepas dibolosi tiga gol, kami seolah-olah kita hilang tumpuan dan cuba untuk bangkit pada separuh masa kedua. Namun segala usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil,” kata Dollah.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut mengkritik pemain tengah import Perak, Leandro Dos Santos yang dilihat kerap melakukan provokasi terhadap pemainnya sehingga merosakkan corak permainan skuad tok gajah.
“Bagi saya Leandro, dia memainkan peranan merosakkan permainan pasukan (Pahang). Macam-macam dia lakukan termasuk membuat provokasi pada pemain. Bagi saya apa yang dia lakukan itu tidak profesional.
“Banyak perkara yang dilakukannya tidak dapat dilihat oleh pengadil. Kami yang di luar juga merasa sakit hati melihat apa yang dilakukannya, dan ianya bukan pada malam ini sahaja tetapi juga dalam perlawanan pertama minggu lalu di Kuantan.
“Dia banyak melakukan provokasi pada pemain kami, melengah-lengahkan masa dan seolah-olah membuatkan pemain Pahang mudah dilayangkan kad kuning,” kata Dollah seperti dipetik dalam La Bola Malaya