Manchester United Mulakan Langkah Untuk Dapatkan Bruno Fernandes

Selepas berjaya mendapatkan 2 pemain, Manchester United kini mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan Bruno Fernandes.

Pemain tengah Sporting Lisbon itu menjadi ‘barang panas’ dalam jendela perpindahan kali ini selepas musim cemerlang beliau pada musim lalu.

Fernandes adalah pemain tengah yang menjaringkan 20 gol dalam liga pada musim lalu.

Manchester United dikaitkan dengan Bruno Fernandes sejak beberapa minggu lalu. Dan kini mereka dilaporkan sudah memulakan langkah awal untuk membawa masuk pemain itu ke Old Trafford.

Nicolo Schira daripada Gazzetta Dello Sport melaporkan Man. United menghantar bidaan sebanyak €35 juta ataupun sekitar £31.5 juta.

Man. United juga menawarkan gaji sekitar £5.4 juta semusim untuk pemain tengah kebangsaan Portugal – yang prolifik tersebut.

Namun pihak Sporting Lisbon dilaporkan menolak bidaan tersebut kerana dirasakan terlalu rendah untuk pemain seperti Bruno Fernandes.

Sporting walauabagaimanapun masih membuka rundingan dan menantikan bidaan lebih tinggi daripada Man. United untuk Bruno Fernandes.

Manchester United kehilangan Ander Herrera dalam jendela perpindahan kali ini. Mereka mahu mendapatkan Bruno Fernandes bagi mengisi kekosongan pemain tersebut dan pada masa yang sama melihat Bruno Fernandes sebagai pemain yang sangat berkualiti.

Selain daripada Fernandes, Man. United juga meletakkan pemain seperti James Maddison di dalam senarai sasaran perpindahan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN