Piala Dunia Bawah-17: England Mara ke Separuh Akhir, Jerman Kandas

Rhian Brewster menarik perhatian apabila menyumbat hatrik untuk England ketika menewaskan Amerika Syarikat. Kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan suku akhir Piala Dunia Bawah-17.

Rhian menjaringkan minit ke-11 dan menambah gol kedua pada 3 minit kemudian. Pada minit kecederaan separuh masa kedua, beliau menjaringkan gol ketiga untuk melengkapkan hatrik.

Morgan Gibbs White menumbangkan satu gol untuk England pada minit ke-64. Josh Sargent menjaringkan gol saguhati untuk Amerika Syarikat pada minit ke-72.

Skor penuh, Amerika Syarikat 1-4 England.

Mali tumbangkan seteru

Hadji Drame menjaringkan gol untuk Mali seawal minit ke-15. Djemoussa Traore menambah gol untuk Mali pada minit ke-61,

Ghana merapatkan skor pada minit ke-70. Gol Ghana diraih melalui sepakan penalti Kudus Mohammed. Mali menewaskan Ghana, 2-1 untuk menuju ke peringkat separuh akhir.

Brazil sekat Jerman

Meskipun Jerman mendahului melalui gol Jan-Fiete Arp pada minit ke-21, Brazil dapat bangkit menewaskan mereka. Gol Brazil disumbangkan oleh Weverson pada minit ke-71.

Paulinho membuktikan penyudahnya tajam dengan menyumbat gol kemenangan Brazil pada 7 minit kemudian. Brazil menewaskan Jerman, 2-1. Mereka akan bertemu England pada 25 Oktober.

Iran gagal tumpaskan Sepanyol

Abel Ruiz menjaringkan gol untuk Sepanyol seawal minit ke-13. Kemudian, Sepanyol menambah gol melalui Sergio Gomez pada minit ke-60.

Minit ke-67 menyaksikan Ferran Torres menambah gol ketiga. Iran meraih gol saguhati pada minit ke-69.

Gol Iran disumbangkan oleh Saeid Karimi. Mali akan menjadi lawan Sepanyol dalam saingan separuh akhir yang turut diadakan pada 25 Oktober.

Pasukan manakah pilihan anda untuk kejohanan ini? Adakah Mali mampu buat kejutan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN