Ryan Giggs Sedia Kembali Sebagai Pengurus Kelab EPL

Ryan Giggs menyatakan minatnya secara terbuka untuk kembali ke dalam pengurusan bola sepak, dengan jawatan pengurus di Leicester City dan juga Everton menjadi kosong baru-baru ini.

Ronald Koeman telah dipecat oleh kelab Merseyside itu semalam selepas kekalahan 5-2 kepada Arsenal sehari sebelumnya, meletakkan Everton di tangga ke-18 EPL.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Manakala Craig Shakespeare dipecat pada minggu lalu, hanya selepas 4 bulan menandatangani kontrak untuk mengendalikan The Fox untuk tempoh 3 tahun berikutnya.

Legenda dan juga bekas pemain sayap Manchester United itu memberitahu Sky Sports bahawa kini dia sudah bersedia dan terbuka untuk mendengar sebarang tawaran sebagai pengurus.

Satu-satunya pengalaman kompetitif Giggs di dalam pengurusan ialah sebagai pengurus interim dan juga penolong pengurus Manchester United sebelum ketibaan Jose Mourinho.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Giggs dipetik sebagai berkata:

“Jika anda perhatikan kedua-dua kelab, Leicester City adalah juara EPL pada dua musim sebelum ini. Manakala Everton adalah sebuah kelab hebat yang kaya dengan sejarah.”

“Pada saya, 2 kelab dengan profil sebeginilah yang menarik minat saya untuk tugas sebagai pengurus.”

“Saya sering berkata sebelum ini bahawa saya akan sentiasa terbuka untuk tawaran daripada kelab yang mempunyai cita-cita yang sama saya miliki.”

“Saya mahu kedatangan saya ke kelab, akan menambahbaik kualiti kelab dan pemain yang ada. Saya mahu rasa seronok bekerja dengan mereka dan pemain juga rasa seronok dengan cabaran yang akan mereka tempuhi bersama saya.”

“Saya tak nafikan beberapa kelab di EPL, Championship dan juga League One boleh menawarkan jawatan pengurus yang baik dan lumayan. Namun pada pendapat saya, ia lebih kepada falsafah bola sepak berbanding dengan status sesebuah kelab yang perlu dinilai.”

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan pemecatan Koeman dan juga Shakespeare walaupun musim 2018/18 boleh dianggap masih awal, Giggs menjawab:

“Saya tidak fikir ramai yang terkejut dengan pemecatan ini. Di era ini, setiap kelab akan melakukannya dengan pantas jika gagal mencapai keputusan yang diingini.”

“Musim panas yang lalu, Everton telah melabur sejumlah wang yang banyak. Manakala pemilik Leicester sudah tentu mempunyai objektif yang lebih tinggi selepas apa yang mereka telah capai sebelum ini.”

Sam Allardyce dikatakan merupakan pilihan untuk menggantikan jawatan Koeman di Everton selepas menolak kemungkinan untuk ke Leicester.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Manakala Alan Pardew dikaitkan akan ke Leicester, tatkala bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel sudah pun mengesahkan tidak berminat dengan jawatan bersama The Fox.

Sehingga artikel ini ditulis, kami masih tidak boleh mengesahkan sejauh mana kemungkinan Ryan Giggs akan menduduki salah satu kerusi jawatan pengurus di Everton atau pun Leicester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN