Kylian Mbappe Menang Anugerah Golden Boy, Ramai Keliru Rashford Atasi Gabriel Jesus?

Kylian Mbappe

Seperti yang sudah dijangka, Kylian Mbappe memenangi Anugerah Golden Boy 2017. Anugerah yang mengiktiraf pemain muda terbaik dalam bola sepak.

Mbappe mengenepikan cabaran Ousmane Dembele dan Marcus Rashford untuk anugerah tersebut. Pemain remaja ini melalui musim luar biasa bersama AS Monaco.

Musim lalu, beliau menjaringkan 6 gol dalam UCL untuk membantu Monaco mara sehingga ke separuh akhir. Mbappe juga menjadi instrumen penting untuk Monaco memecahkan dominasi PSG. Ini apabila beliau membantu AS Monaco menjuarai Ligue 1.

Musim ini pemain muda ini menyertai PSG secara pinjaman dan akan memeterai perjanjian tetap bernilai £166 juta pada 2018.

Beliau juga sangat cemerlang setakat ini untuk PSG dan menjadi pemain utama dalam skuad Perancis. Bergandingan sangat baik dengan Neymar dan Cavani.

Mbappe mendapat 291 undian. Dembele dengan 149 undian. Manakala Marcos Rashford dan Gabriel Jesus masing-masing di tangga ke-3 dan ke-4 dalam senarai.

Sebelum ini, anugerah ini pernah dimenangi oleh bintang muda seperti Wayne Rooney, Mario Balotelli, Raheem Sterling dan Anthony Martial.

Namun ramai yang pelik kenapa Marcus Rashford berada di tangga ke-3? Sedangkan dalam senarai 3 terakhir yang diumumkan sebelum ini adalah Mbappe, Dembele dan Gabriel Jesus.

Berikut adalah senarai 10 teratas Anugerah Golden Boy 2017.

1 Kylian Mbappé (PSG, pinjaman dari Monaco)

2 Ousmane Dembélé (Barcelona)

3 Marcus Rashford (Manchester United)

4 Gabriel Jesus (Manchester City)

5 Gianluigi Donnarumma (Milan)

6 Christian Pulisic (Borussia Dortmund)

7 Kasper Dolberg (Ajax)

8 Emre Mor (Celta Vigo)

9 Federico Chiesa (Fiorentina)

10 Rodrigo Bentancur (Juventus)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN