Piala Dunia B-20 akan menerima juara baru dalam kelab juara kejohanan itu. Ini kerana ia bakal mempertemukan 2 pasukan yang mara ke final buat pertama kali dalam sejarah mereka.
Ukraine 1 Itali 0
Ini merupakan salah satu kejutan terbesar yang berlaku dalam kejohanan kali ini. Pasukan Ukraine baru sahaja menewaskan salah satu pasukan pilihan utama dalam kejohanan kali ini.
Ukraine menang tipis 1-0 di Stadium Gdynia.
Itali memiliki beberapa peluang gol. Antaranya menerusi Andrea Pinamonti yang berhadapan dengan penjaga gol Ukraine – Andriy Lunin – dalam kedudukan 1 lawan 1. Namun kapten Itali itu melakukan percubaan terus ke dakapan Lunin.
Serhii Buletsa dan Yukhym Konoplia mencipta momen magis untuk Ukraine pada minit ke-65.
Konoplia menghantar bola rendah kepada Buletsa yang menewaskan penjaga gol lawan. Sebelum percubaan itu, seorang pemain melakukan ‘shielding’ dan mencipta ruang kepada penjaring gol.
Konoplia ➡️ Buletsa ➡️ ⚽️🥅
The goal that sealed 🇺🇦 @FFUKRAINE's first trip to the #U20WC final 👌 pic.twitter.com/bX7gcfyEF7
— FIFA (@FIFAcom) June 11, 2019
Ukraine hampir menambah 1 lagi gol, 7 minit kemudian. Oleksii Kaschuk menghantar bola kepada Vladyslav Supriaha yang kemudiannya melakukan cip melepasi penjaga gol. Malangnya bola percubaan beliau hanya sedikit melewati palang gol.
Itali berjaya menjaringkan gol pada masa kececedraan. Namun gol itu ditarik balik oleh VAR. Ukraine mencipta sejarah mara ke final Piala Dunia B-20 buat julung kalinya.
Korea Selatan 1 Ecuador 0
Korea Selatan berjaya memahatkan nama mereka sebagai finalis. Ini merupakan pencapaian tertinggi skuad B-20 mereka di dalam sejarah. Mereka kini hanya 1 perlawanan dibezakan daripada sejarah luar biasa – menjadi juara dunia B-20.
Halangan terakhir mereka adalah Ukraine.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung semalam – Korea Selatan menang 1-0 ke atas Ecuaord dalam aksi yang berlangsung di Lublin, Poland.
Jaringan kemenangan Korea Selatan adalah menerusi Choi Juna pada minit ke-39 yang menewaskan Moises Ramirez.
🇰🇷🚫🥅
Sensational effort from Lee Gwangyeon to cement @thekfa's place in the #U20WC final 👐 pic.twitter.com/pBtYjeINf9
— FIFA (@FIFAcom) June 11, 2019
Um Won-sang hampir menambah 1 lagi gol untuk Korea Selatan namun dinafikan oleh VAR. Pada masa kecederaan, Ecuador turut hampir menyamakan kedudukan – namun gol mereka juga dibatalkan oleh VAR.
Ecuador dan Itali akan bermain dalam aksi penentuan tempat ke-3 pada 14 Jun ini. Manakala aksi final Korea Selatan berhadapan dengan Ukraine adalah pada 15 Jun.