Dato’ Hamidin Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong Harimau Malaya

Kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Timor Leste menerusi aggregat 12-2 semalam telah mendapat pujian daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Kemenangan itu sangat bermakna kerana ia bukan sahaja mengesahkan tiket ke pusingan kedua yang berlangsung pada bulan September nanti tetapi turut memberi pulangan mata ranking skuad negara.

Hamidin menerusi kenyataan di laman facebook rasmi FAM mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang telah memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat Harimau Malaya atas kemenangan kedua dan layak ke peringkat seterusnya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan-pasukan negeri dan kelab yang mewakilkan pemain masing-masing berjuang demi lencana didada.

“Paling utama, terima kasih saya ucapkan kepada pemain dan pegawai rasmi skuad kebangsaan yang sanggup berjuang pada minggu Hari Raya ini.

“Jutaan terima kasih juga buat Ultras Malaya serta penyokong Harimau Malaya yang hadir di stadium mahupun di rumah yang tetap memberi sokongan padu walau di mana berada,” katanya.

FOTO: FAM

Di pusingan kedua, 40 pasukan terbaik Asia termasuk Malaysia dan tuan rumah Piala Dunia 2022 (Qatar) serta tuan rumah Piala Asia 2023 (China) dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) yang mana undian kelayakan dijadualkan berlangsung pada 17 Julai ini.

Pusingan kelayakan kedua akan berlangsung selama sembilan bulan dengan melibatkan 10 hari dan perlawanan akan bermula pada 5 September 2019 sehingga 9 Jun 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN