Peru secara rasminya telah pun ditarik kembali hak mereka selaku tuan rumah untuk menganjurkan Piala Dunia bawah 17 (B-17), selepas negara tersebut gagal menyediakan infrastruktur lengkap mengikut kehendak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ketika ini, Indonesia mungkin dapat menebus kembali kekecewaan mereka selepas gagal menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 untuk cuba menjadi pengganti kepada Peru.
FIFA has regretfully withdrawn Peru’s hosting rights to the FIFA U-17 World Cup 2023™ following extensive discussions between FIFA and the Peruvian Football Federation (FPF).
ES: https://t.co/9IE6RTWNLa
EN: https://t.co/TioowCyNQZ— FIFA Media (@fifamedia) April 3, 2023
Indonesia sebelum itu turut ditarik hak penganjuran Piala Dunia B-20, kerana isu politik yang membabitkan antara negara tersebut bersama pasukan bertanding iaitu Israel.
Disebabkan banyak kawasan yang menolak penempatan Israel untuk tiba ke Indonesia, maka negara tersebut ditarik kembali hak mereka selaku tuan rumah menerusi pengesahan dibuat oleh FIFA.
Antara yang lantang menolak kehadiran Israel ketika itu ialah Gabenor Bali iaitu Wayan Koster, serta Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo selain beberapa wilayah lagi turut tidak mengizinkan kehadiran pasukan itu.
Untuk menebus kekecewaan tersebut, Indonesia mungkin berpeluang besar ketika ini untuk menjadi pengganti kepada Peru bagi menganjurkan saingan Piala Dunia B-17 yang akan bermula nanti.
Antara faktor kenapa mereka mempunyai peluang tersebut ialah infrastruktur yang ada di Indonesia ketika ini sudah pun semakin lengkap dan memenuhi piawaian diperlukan oleh FIFA.
Isu politik seperti sebelum ini juga tidak akan berlaku kembali, kerana saingan Piala Dunia B-17 ini secara rasminya tidak akan disertai oleh Israel kerana mereka telah gagal dalam aksi kelayakan sebelum itu.
🔥 PERU TO GIVE UP HOSTING THE FIFA U17 WORLD CUP 2023 ❎
The Peruvian Football Federation (FPF) has decided to withdraw the hosting of the FIFA U17 World Cup as the Government of the country will allocate those resources for reconstruction after natural disasters pic.twitter.com/pkXuGqH8vc
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 27, 2023
Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir ketika ini telah pun berlepas ke Eropah kerana ingin mengadakan pertemuan bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Pada pertemuan tersebut, Erick dijangka akan cuba berbincang mengenai hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka mengenai kegagalan menganjurkan Piala Dunia B-17.
Menurut laporan Bola.com, Erick berkemungkinan turut akan membicarakan isu Piala Dunia B-17 dan cuba untuk menjadi pengganti kepada Peru bagi saingan tersebut selaku tuan rumah.
Peru Rumored to Replace Indonesia as Host of the U-20 World Cup.#WestPapuanhttps://t.co/ta28wcEzB0
— Kessy. (@bn_1c) March 29, 2023
Walaupun begitu, belum ada kesahihan yang jelas ketika ini mengenai perkara tersebut dan jika ianya berlaku, maka para penyokong bola sepak Indonesia boleh kembali untuk berlapang dada untuk menyambut kejohanan terbaharu di negara mereka.