Liga Super: Adakah Balotelli Pilihan Terbaik Kedah Untuk Bertemu Penang?

Kedah Darul Aman (Kedah) bakal melayan kunjungan Penang untuk aksi Liga Super malam ini di Stadium Darul Aman (SDA) dalam misi masing-masing untuk mencari tiga mata penting.

Selepad dikecewakan lawan yang sama ketika pusingan pertama Piala FA lalu, pastinya Kedah berazam untuk melakar kebangkitan kembali di hadapan penyokong sendiri untuk membenam Penang.

Walaupun begitu, kerisauan masih lagi terbit buat Kedah ketika ini terutama di posisi serangan mereka yang masih tumpul untuk mendapatkan kelebihan gol dan sudah terbukti sejak beberapa perlawanan lalu.

Malah, salah satu punca kekalahan Kedah kepada Penang di saingan Piala FA juga disebabkan ketumpulan mereka untuk menyudahkan setiap peluang terhidang di hadapan gol dengan lebih awal, sebelum diheret ke penentuan penalti.

Antara pemain tampil mengecewakan di posisi serangan Kedah kini pastinya terarah kepada Willian Lira yang masih lagi bergelut dengan prestasi sebenar selaku penggempur utama Sang Kenari.

Aksi lalu ketika berdepan Sri Pahang, jelas Lira masih lagi mencari-cari rentak sebenar beliau untuk membuktikan ketajamannya di hadapan para penyokong, selain kerap hilang dalam permainan berpasukan.

Walaupun begitu, pilihan utama yang dilihat sesuai untuk menggantikan Lira bagi aksi bertemu Penang ini mungkin dapat diberikan kepada seorang lagi penyerang import Kedah iaitu Jonathan Balotelli.

Balotelli boleh dianggap sebagai pemain yang lebih baik daripada Lira, walaupun daripada segi jumlah penghasilan gol bersama pasukan masih lagi rendah.

Tampil selaku pemain simpanan, kemasukan Balotelli sering memberi impak yang positif di posisi serangan menerusi kelicikan beliau serta kreatif di bahagian tersebut dalam menjana gerakan-gerakan lebih tersusun.

Malah, pemain itu sendiri pastinya berada dalam motivasi terbaik selepas beliau cemerlang untuk menjadi wira Kedah baru-baru ini menerusi gol penyamaan ketika berdepan Sri Pahang.

Pada perlawanan tersebut, kemasukan Balotelli mencetuskan variasi serangan Kedah yang lebih menarik menerusi gerakan dicipta beliau untuk menekan pertahanan lawan.

Apapun, ianya terserah kepada Nafuzi Zain sendiri untuk menurunkan penyerang tersebut atau terus memberi ruang buat Lira bagi membuktikan sesuatu kepada penyokong Kedah.

Harus diingat, Penang juga dalam momentum terbaik mereka selepas masih segar dengan kemenangan pertama musim ini selepas mengatasi Perak menerusi corak permainan sangat menyakinkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN