Liga Super: Kelibat Faisal Halim Cetus Kebangkitan Buat Selangor Atasi Negeri Sembilan

Faisal Halim sekali lagi menjadi fenomena, selepas jaringan penyamaan beliau membantu Selangor untuk mencipta kebangkitan bagi mengatasi pasukan pelawat, Negeri Sembilan.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan di separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Mark Herold Goulon.

Namun, kelebihan jaringan tersebut berjaya dipadam menerusi kebangkitan tuan rumah yang dicetuskan oleh Faisal Halim, sebelum Sharul Nazeem mengesahkan kemenangan mereka di penghujung separuh masa kedua.

Awal separuh masa pertama menyaksikan pelawat terlebih dahulu menekan pertahanan Selangor menerusi gerakan lincah daripada Shahrel Fikri yang berjaya mencipta satu lorongan sebelum gagal disambut oleh Casagrande.

Tidak lama kemudian, giliran Selangor pula tiba dengan lebih baik menerusi penyerang utama mereka Ayron yang bijak melepaskan satu rembatan tepat sebelum ditepis keluar eh Sikh Izhan pada minit ke-3.

Lima minit perlawanan menyaksikan kedua pasukan jelas menampilkan intensiti tinggi dalam mencipta siri-siri serangan berbahaya dalam misi untuk mendapatkan gol awal permainan.

Penyerang utama Selangor iaitu Ayron sekali tiba dengan satu percubaan berbahaya pada minit ke-10, sebelum Sikh Izhan tampil cemerlang menyelamatkan keadaan.

Tuan rumah jelas mendominasi perlawanan dengan begitu baik sekali untuk memberi banyak tekanan berbahaya kepada Negeri Sembilan di segenap arah bagi mendapatkan jaringan awal perlawanan.

Memasuki 30 minit perlawanan, intensiti yang dipamerkan kedua pasukan sedikit perlahan dengan bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah tanpa sebarang tekanan-tekanan berbahaya dibuat.

Secara keseluruhan, Selangor lebih baik pada separuh masa pertama menerusi kreativiti di posisi serangan serta tenang menguasai posisi tengah menerusi hantaran-hantaran berbahaya dibuat.

Namun, Negeri Sembilan juga wajar mendapat pujian menerusi ketenangan Mark Goulon yang mematikan segala ancaman berbahaya di bahagian pertahanan serta ketangkasan Sikh Izhan menyelamatkan keadaan.

Saat wisel rehat separuh masa pertama ingin dibunyikan, Negeri Sembilan mendapat peluang sepakan penalti setelah Casagrande dijatuhkan oleh pertahanan Selangor.

Mark Goulon mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk menewaskan Khairulazhan, sekali gus meletakkan Negeri Sembilan terlebih dahulu di hadapan menerusi keputusan 1-0.

Bersambung di separuh masa kedua, Selangor terus melancarkan serangan bertalj arus untuk mendapatkan kembali gol penyamaan menerusi gerakan lincah Faisal Halim, Ayron, serta Orozco.

Namun begitu, ketenangan dimiliki oleh pertahanan Negeri Sembilan jelas menafikan segalanya dengan baik ketika ini untuk menyerap segala asakan dibuat oleh tuan rumah.

Akhirnya Selangor kembali menyamakan kedudukan menerusi Faisal Halim yang lincah melepasi pertahanan lawan, sebelum satu rembatan dilepaskan pada minit ke-56.

Jaringan tersebut menjadikan Faisal kini berjaya mengumpul dua gol musim ini bersama Selangor, setelah sebelum itu menerima kritikan segelintir penyokong ekoran kebuntuan pemain tersebut di hadapan jaringan.

Selangor hampir mendapatkan gol kedua mereka pada minit ke-64 menerusi Mukhairi Ajmal, sebelum sepakan deras pemain muda tersebut sekadar menyinggah palang lawan dan dikeluarkan oleh pertahanan Negeri Sembilan.

Memasuki 10 minit terakhir permainan, jelas segalanya menjadi milik Selangor yang mendominasi secara keseluruhan perlawanan di segenap posisi, sambil pelawat hanya mampu berada di kubu sendiri untuk bertahan.

Negeri Sembilan perlu berterima kasih kepada Sikh Izhan, selepas kecemerlangan penjaga gol muda itu menafikan banyak percubaan berbahaya dibuat oleh barisan serangan Selangor.

Akhirnya Sharul Nazeem tampil mengesahkan tiga mata buat Selangor, selepas tandukan beliau kencang menewaskan Sikh Izhan setelah beliau menerima umpanan cantik daripada Yohandry Orozco pada masa tambahan separuh masa kedua.

Keputusan kekal tamat dengan menyaksikan kemenangan berpihak buat tuan rumah setelah cemerlang menewaskan Negeri Sembilan menerusi keputusan 2-1 di Stadium MBPJ.

Kesebelasan utama

Selangor: Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Penjaga gol), Quentin Jiun-Ho Cheng, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh, Yohandry Jose Orozco Cujia, Muhammad Fazly Mazlan, Hein Htet Aung, Richmond Tetteh Ankrah, Sharul Nazeem Zulpakar, Ayron Del Valle Rodriguez, Brendan Seng Ling Gan (Kapten)

Negeri Sembilan: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Penjaga gol), Che Rashid Che Halim, Tommy Mawat Bada, Herold Mark Goulon, Levy Clement Madinda, Zainal Abidin Jamil, Nasrullah Haniff Johan (Kapten), Muhammad Safwan Baharudin, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Mohamad Hasbullah Abu Bakar, Anselmo Arruda da Silva

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN