Piala Dunia 2026: Maghribi Cabar Bidaan Amerika Utara, Adakah Mereka Layak?

Kelmarin, media antarabangsa melaporkan Maghribi sudah mempersiapkan cadangan untuk menganjurkan Piala Dunia 2026.

Siapakah menjadi hos Piala Dunia 2026 akan terjawab pada tahun hadapan, sebelum sepak mula Piala Dunia 2018.

Kacau daun?

Logo bidaan Piala Dunia 2010. Sumber: Google.

Percubaan Maghribi itu menafikan peluang bidaan bersama tiga negara Amerika Utara menang tanpa bertanding. Ya, Amerika Syarikat bergabung dengan Mexico dan Kanada bersatu untuk menganjurkan kejohanan bola sepak berprestij dunia itu.

Mengikut sejarah, Maghribi 4 kali mencuba nasib menjadi hos Piala Dunia. Percubaan pada 1994 dan 1998 menemui kegagalan. Begitu juga pada 2006 dan 2010.

Menariknya, Maghribi menjadi negara tempat kedua menerima undian terbanyak untuk bidaan 1994, 1998 dan 2010. Mungkinkah ada undi berunsur ‘kesian’ kepada Maghribi untuk edisi 2026?

Layakkah?

Skuad Maghribi sewaktu Piala Dunia 1998 di Perancis. Sumber: Al Araby.

Maghribi pernah menjadi hos Piala Kelab Dunia 2013 dan 2014. Mereka juga menjadi hos Piala Negara-Negara Afrika pada 1988.

Maghribi kali terakhir layak ke Piala Dunia ialah pada 1998 di Perancis. Namun begitu, mereka sudah 4 kali layak ke Piala Dunia iaitu 1970, 1986, 1994 dan 1998.

Pencapaian terbaik mereka ialah bermain sehingga pusingan kedua pada 1986.

Kemudahan

Grand Stade de Casablanca yang dijangka siap pada 2024 dan berkapasiti 80 ribu penonton.Maghribi antara negara Afrika yang mempunyai liga bola sepak termasyhur.

Malah mereka memiliki stadium yang boleh memuatkan puluhan ribu penyokong. Selain itu, mereka memiliki satu pertembungan setempat terkenal dunia. Wydad menentang Raja Casablanca. Salah satu derbi terkenal di Afrika selain di Mesir.

Pandangan penulis

Sebenarnya penulis sejak awal lagi bimbang penambahan kepada 48 pasukan bertanding menjejaskan negara (dan benua amnya) untuk membida Piala Dunia.

Dalam kata lain, ia memberikan satu bias yang besar kepada negara yang mampu membida dengan baik. Maghribi berisiko untuk tewas tetapi mereka mampu mencabar bidaan dengan baik Lainlah, FIFA melakukan ‘U-turn’ kepada 32 pasukan.

Sumber:

  1. New York Times (2017): Morocco Will Challenge US-Led Bid For 2026 World Cup; https://www.nytimes.com/2017/08/11/sports/soccer/world-cup-2026-morocco-usa.html
  2. BBC Sports (2017): World Cup 2026: Morocco confirms it will bid to hos tournament; http://www.bbc.com/sport/football/40898920

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN