Ultras Malaya Sahut Seruan Datuk Ong Kim Swee

“Sudah pasti Ultras Malaya akan turun pada perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia, apatah lagi kita sebagai tuan rumah,” itulah jawapan jelas daripada wakil kumpulan penyokong Ultras Malaya, Alfadli Awaludin kepada Semuanya BOLA.

Ini adalah respon kepada kepada kenyataan dan harapan ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang inginkan sokongan padu para penyokong terutamanya dari Ultras Malaya.

Bercakap kepada Berita Harian, Kim Swee menjelaskan bahawa kumpulan penyokong tersebut adalah antara tonggak kejayaan skuad kendaliannya yang menjuarai Pestabola Merdeka yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada tahun 2013 yang lalu.

“Ketika skuad muda negara menjuarai Pestabola Merdeka 2013, ultras (Ultras Malaya) antara tonggak penting yang mendorong kami mencapai kejayaan itu, dan saya harap perkara sama dilakukan pada temasya ini,” Kim Swee dipetik berkata kepada Berita Harian.

Alfadli juga bersetuju dengan kenyataan Kim Swee yang menyatakan penyokong adalah salah satu faktor yang akan membantu pemain di dalam padang.

Baginya, kelebihan pasti akan berpihak kepada pasukan yang memiliki kekuatan pemain ke-12 iaitu penyokong.

Foto: Utusan Online

Walaubagaimanapun, Alfadli berharap agar kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutamanya dari pihak penganjur, pihak berkuasa keselamatan dan pihak bertanggungjawab yang lain.

Ini untuk melancarkan pergerakan para penyokong pada hari perlawanan nanti. Tambahnya lagi, jika masing-masing ingin tunjuk kuasa tapi tidak kena pada tempat dan situasi, ini akan merugikan tuan rumah sendiri.

“Harap semua bersikap profesional dan terbuka,” tambah Alfadli lagi kepada Semuanya BOLA.

Ketika ditanya mengenai peluang skuad muda negara merampas pingat emas daripada Thailand, Alfadli yakin lebih dari itu mampu dikecapi oleh skuad negara jika para pemain menerapkan mentaliti untuk menang dalam setiap perlawanan.

“Bukan hanya emas Sukan SEA sahaja boleh dinikmati tetapi lebih dari itu lagi kita boleh kecapi jika mereka bermain dengan sepenuh hati dan tidak mudah mengalah. ”

“Mentaliti sebagai juara perlu ada setiap kali masuk ke padang dan perlu tahu objektif mereka serta hala tuju mereka,” ulas Alfadli lagi.

Mengulas mengenai aksi pertama skuad muda negara menentang Brunei pada Isnin ini, Alfadli menyatakan yang mereka wajib menang dan mendapatkan tiga mata, tanpa mengira apa jua keadaan yang dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN