Ousmane Dembele Digantung Oleh Borussia Dortmund Gara-Gara Tak Datang Latihan

Borussia Dortmund bertindak menggantung Osumane Dembele sehingga ‘ada notis daripada kelab’ selepas penyerang muda Perancis itu sengaja tidak hadir ke latihan pasukan pada hari Khamis lepas.

Penggantungan ini hadir 3 hari selepas Dortmund menolak permohonan Barcelona untuk membeli penyerang sayap yang menjaringkan 6 gol dan menyumbang 13 assists dalam aksi Bundesliga musim 2016/2017.

Media Jerman melaporkan Dortmund menolak permohonan Barcelona kerana ‘tidak menepati harga yang diminta oleh Dortmund’. BBC Sport pula melaporkan Dortmund menolak bidaan Barcelona ‘walau apa juga harga yang ditawarkan Barcelona’.

Seorang lagi pemain yang menjadi buruan Barcelona adalah penyerang sayap Liverpool, Phillipe Coutinho. Bagaimanapun seperti Dortmund, Liverpool tidak mahu menjual Coutinho.

Mengulas tentang tindakan disiplin ini, pengarah bola sepak Dortmund Michael Zorc berkata:

“Fokus kami ketika ini adalah persediaan pasukan untuk perlawanan pembukaan Bundesliga menentang Wolfsburg [pada 19 Ogos 2017]. Dembele mempunyai peluang untuk membuat persediaan juga – secara individu – di luar latihan pasukan.”

Bukan isu baru bagi penyokong Dortmund

Malangnya dalam isu ini, ia bukan isu baru bagi penyokong Dortmund.

Sebelum kes Dembele, mereka telah menghadapi situasi sama dengan Nuri Sahin, Robert Lewandowski, Mario Gotze, Henrikh Mkhitrayan dan Mats Hummel. Kesemua pemain ini meningkat naik di Dortmund sebelum dibeli oleh kelab-kelab besar Eropah yang lain.

Ketika ini penyokong Dortmund sudah dapat melihat perubahan sikap Dembele sejak dibida oleh kelab kegemarannya, Barcelona untuk menggantikan Neymar.

Baru-baru ini Dembele dilihat telah ‘unfollow’ akaun Twitter rasmi Borussia Dortmund.

Penyokong Rennes juga memberitahu di media sosial, kelakuan Dembele (tidak datang ke latihan) ini bukanlah sesuatu yang baru. Beliau pernah melakukannya untuk memaksa Rennes menjualnya ke Dortmund.

Sumber:

1. BBC Sport (2017). Ousmane Dembele: Borussia Dortmund forward suspended ‘until further notice’. BBC Sport/Football. http://www.bbc.com/sport/football/40915804

2. Borussia Dortmund (2017). Dembélé bleibt suspendiert. BVB.de. http://www.bvb.de/News/Uebersicht/Dembele-bleibt-suspendiert

3. Transfermarkt (2017). Ousmane Dembélé player profile. https://www.transfermarkt.com/ousmane-dembele/leistungsdaten/spieler/288230/plus/0?saison=2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN