Piala Dunia 2018 memasuki hari perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan Uruguay berhadapan dengan tuan rumah – Rusia.
Uruguay bermula garang dengan melakukan percubaan seawal minit ke-2 apabila Matias Vecino melakukan rembatan dari luar kotak penalti namun rembatannya sedikit tersasar.
Perlawanan berlangsung perlahan ketika itu dengan tiada percubaan lain dilakukan.
Namun kesunyian perlawanan dihapuskan dengan mudah pada ke-10 apabila Luis Suarez dengan padunya melakukan rembatan dari luar kotak menerusi sepakan percuma.
Uruguay kemudiannya menggandakan kedudukan apabila rembatan Diego Laxalt terpantul kepada Denis Cheryshev pada minit ke-17.
Tugas buat Rusia semakin sukar apabila Igor Smolnikov dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-36.
Separuh masa kedua menyaksikan Rusia walaupun beraksi 10 orang, mereka menaikkan tempo permainan mereka untuk mencari gol.
Tuan rumah banyak melakukan gerakan-gerakan ke pintu gol Uruguay namun sayangnya mereka gagal memperoleh gol yang mereka dambakan.
Uruguay yang sudah mendahului dengan 2 gol, mula memperlahankan rentak dan hanya sekali sekala sahaja melakukan serangan ke pintu gol Rusia.
Hari cemerlang untuk Uruguay diakhiri dengan jaringan gol ketiga menerusi Edinson Cavani yang menjaringkan gol pada lewat permainan untuk memberikan jaringan gol ketiga kepada Uruguay.
Secara keseluruhannya, Uruguay bermain dengan baik apabila berjaya menghalang Rusia dari bermain dengan kemas dan teratur.
Uruguay kini bergelar juara kumpulan A dan akan bertemu dengan naib juara dari kumpulan B.
Sementara Rusia akan bertemu dengan juara kumpulan B.
Keputusan penuh, Uruguay 2-0 Rusia.