Rating Pemain Uruguay VS Rusia, Luis Suarez Cemerlang Di Bahagian Serangan

Uruguay mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 sebanyak juara kumpulan A selepas menewaskan Rusia dengan penuh bergaya.

Uruguay

Fernando Muslera – 7

Tidak diuji dengan hebatnya oleh pasukan Rusia dalam perlawanan ini.

Sebastian Coates – 7

Menjalankan tugas dengan baik sebagai pertahanan tengah.

Diego Godin – 7

Aktif dalam membantu pasukan untuk mempertahankan rekod tanpa bolos. Turut tepat dalam majoriti hantaran beliau.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Diego Godin of Uruguay tackles Artem Dzyuba of Russia during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Martin Caceres – 7

Rajin dalam membantu barisan serangan dengan sering mara ke bahagian hadapan.

Diego Laxalt –  7.5

Sama seperti Caceres, Diego Laxalt cukup aktif dalam membantu Uruguay melakukan serangan.

Beliau turut menjaringkan gol yang kemudiannya rembatan beliau terpantul kepada Denis Cheryshev.

Lucas Torreira – 7

Mengawal tengah dengan baik, beliau juga melakukan banyak hantaran tepat dalam perlawanan ini.

Nahitan Nandez – 7

Memenangi majoriti duel beliau dengan pemain Rusia. Digantikan pada minit ke-73.

Matias Vecino – 6.5

Tepat dalam majoriti hantaran beliau namun sering melakukan kekasaran.

Rodgrigo Bentacur – 6

Melakukan terlalu banyak kekasaran dan turut mengutip kad kuning. Digantikan pada minit ke-63.

Edison Cavani – 8

Tampak tumpul dalam perlawanan ini namun berjaya memperoleh jaringan di penghujung perlawanan. Digantikan pada minit ke-90.

Luis Suarez – 8

Cemerlang di bahagian serangan. Menjaringkan gol yang cukup hebat di separuh masa pertama.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Luis Suarez of Uruguay celebrates after teammate Diego Laxalt of Uruguay scores his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Pemain gantian

Giorgian De Arrascaeta – 7

Menjalankan tugas yang lebih baik berbanding apa yang dihasilkan oleh Bentacur.

Cristian Rodríguez – 7

Tidak banyak memberikan impak apabila dimasukkan.

Maximiliano Gómez – N/A

Tiada rating untuk beliau kerana beraksi kurang dari 10 minit.

Rusia

Igor Akinfeev – 6

Melakukan beberapa tepisan penting untuk menghalang Rusia dari dibolosi dengan lebih banyak gol.

Igor Smolnikov – 5

Memperoleh kad merah selepas 30 minit permainan akibat memperoleh kad kuning kedua.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Igor Smolnikov of Russia reacts after being shown a second yellow card by referee Antonio Malang Diedhiou during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Ilya Kutepov – 6

Bermain baik dengan di bahagian pertahanan dalam perlawanan ini.

Sergey Ignashevich – 6.5

Berkerja keras dalam mempertahankan benteng Rusia. Jika Rusia tidak bolos 2 gol, pastinya rating beliau lebih baik.

Fedor Kudryashov – 6

Aktif melakukan serangan namun sering tewas dalam duel yang dihadapi beliau.

Yuri Gazinskiy – 5.5

Tidak beraksi baik malah beliau turut mengutip kad kuning dalam perlawanan ini. Digantikan pada rehat separuh masa.

Roman Zobnin – 6.5

Pemain terbaik Rusia malam ini. Melakukan banyak hantaran tepat dan berjaya dalam majoriti duel beliau.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Rodrigo Bentancur tacklesRoman Zobnin of Russia during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Aleksandr Samedov – 6

Memenangi kesemua duel yang beliau hadapi pada perlawanan ini.

Aleksey Miranchuk – 6

Tidak begitu efektif dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-60.

Denis Cheryshev – 6

Tidak dapat menunjukkan hasil yang diharapkan kerana terpaksa digantikan pada minit ke-38.

Artem Dzyuba – 6

Tidak berjaya menyempurnakan peluang yang beliau miliki dalam perlawanan ini.

Pemain gantian

Mario Fernandes – 6

Menjalankan tugas sebagai pertahanan gantian dengan baik.

Daler Kuzyaev – 6

Tidak memberikan pengaruh yang diharapkan dalam perlawanan ini.

Fedor Smolov – 6

Melakukan beberapa gelecekan yang berjaa dilakukan beliau dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN