Quantcast

ADVERTORIAL KAJIAN & FAKTA

7 Benda Yang Orang Zaman Dulu Buat Semasa Demam Piala Dunia

Ketika ini boleh dikatakan semua orang dilanda demam Piala Dunia. Dan bila dah demam Piala Dunia ni, macam-macam benda yang kita buat. Sembang pun pasal bola. Makan pun tengok bola. Sebelum tidur pun tengok bola!

Jika anda seperti kami, masa Piala Dunia ini juga kita buat macam-macam benda untuk raikan Piala Dunia masa kecil-kecil dulu. Kami masih ingat masa musim Piala Dunia ini jugalah musim semua budak-budak kampung main bola. Lepas Piala Dunia habis, semua orang main benda lain pula – seperti rounders, konda-kondi dan lain-lain hahaha

Bercakap tentang kenangan masa musim demam Piala Dunia, kami ingin menyelusuri antara benda-benda yang orang zaman dulu selalu buat setiap kali demam Piala Dunia melanda pada di era 80an dan 90an.

Berikut adalah 7 yang paling popular:

1. Bola balut

Untuk pengetahuan adik-adik yang membaca, zaman kami semasa kecil dulu tak semua orang mampu membeli bola. Bagi yang mampu, bolehlah beli bola getah. Kalau yang gigih sikit, mereka akan kongsi duit atau ‘tong-tong’ duit dengan kawan-kawan sekampung. Dapat dalam RM30, dapatlah bola getah sebiji.

Bola getah ini – bersesuaian dengan statusnya sebagai bola murah – sangatlah berbeza performance nya dengan bola original. Ini kerana, bola getah ini senang melayang. Baru sepak sikit, dah terbang jauh.

Tapi kami tak kisah. Kadang-kadang kami bantai main sampai 15 sebelah. Janji semua dapat lepas gian dek penangan Piala Dunia haha..

Kalau nak lepas gian main bola di sekolah pula, kami akan buat bola kami sendiri. Mudah sahaja. Kami gulung surat khabar banyak-banyak sampai jadi bentuk bola, balut guna cellotape dan voila! Kami ada sebiji ‘bola balut’.

Contoh bola kertas zaman dulu. Foto: Facebook

Kos untuk buat sebiji bola balut ini tak cecah RM1 pun. Dan yang paling best nya, ia tahan sampai 2-3 hari!

2. Kasut bola Fung Keong

Zaman sekarang, adik-adik semua dah pakai fancy boot masa main petang-petang kan? Siap lengkap dengan shin pad dan stokin panjang lagi hehe

Zaman kami main bola petang-petang dulu, berkaki ayam itu biasalah. Tapi bila dipilih untuk mewakili sekolah, kena beli but juga. Cikgu tak bagi main kaki ayam lagi dah! Jadi penyelamat kami adalah kasut but getah berjenama Fung Keong. Atau kasut ‘stud toyu’ kata orang Kedah.

Harga satu but Fung Keong semasa zaman kami adalah antara RM7-10. Kalau yang berduit sikit, dapatlah pakai but Diadora atau Lotto. Hanya yang betul-betul ‘loaded’ akan beli but kegemaran semua pemain bola pada ketika itu; but ‘Kopa Mondel’ (Copa Mundial).

Adidas Copa Mundial; but yang menjadi pujaan pemain-pemain. Dianggap but paling selesa pernah dipakai oleh ramai pemain profesional era 80-an dan 90-an. Foto: Adidas.com

Jadi kalau nak beli but Fung Keong, kami kena kumpul RM1 selama seminggu lebih tau!

3. Main game bola

Pada zaman kami dulu, siapa mampu beli konsol Nintendo atau PS1 dah dikira sebagai golongan berada. Rata-rata kanak-kanak semasa zaman kami sememangnya tidak berkemampuan nak beli sendiri punya.

Cuma kalau gian sangat, kami kena kumpul duit belanja sekolah. Kemudian lepas sekolah, kayuh basikal ramai-ramai pergi kedai game. Masa itu, rate main sejam adalah RM3. Kadang-kadang kalau kat poket pun ada RM1 sahaja, kami lenjan juga main haha. 20 minit pun 20 minit lah. Janji dapat main FIFA International Soccer atau International Superstar Soccer.

Selalunya bila tiada bajet, imaginasi akan dijadikan sandaran. Kami akan main bola tepuk pula.

Kami akan cari kotak keras seperti kotak teh atau kotak rokok. Kemudian gunting beberapa keping segi empat dan lipat dua untuk dijadikan pemain.

Di setiap kotak, nama dan nombor jersi pemain akan ditulis. Bola pula dibuat dari kertas kotak timah rokok Dunhill berwarna keemasan yang diuli menjadi bentuk bola kecil. Kos membuat keseluruhan pemain dan bola tan cecah RM1 pun!

Permainan bola tepuk popular dalam kalangan kanak-kanak zaman 80-an dan 90-an sebagai ganti kepada permainan video. Foto: Facebook @Outrec Club

4. Nostalgia kad panini

Satu lagi benda wajib yang kami akan buat semasa demam Piala Dunia zaman dulu, adalah mengumpul kad Panini. Dan pada ketika itu, satu-satunya cara paling murah untuk mendapatkan kad Panini adalah dengan membeli majalah bola sepak.

Pada harga RM3-5 setiap isu, majalah bola sepak turut merupakan tempat kami untuk mendapatkan informasi, poster pemain dan pasukan Piala Dunia, poster jadual Piala Dunia dan kad Panini. Untuk satu isu, kami kenalah kumpul RM1 selama lebih kurang 3 hari – hanya untuk satu isu majalah!

MIAMI, FL – JUNE 01: A Panini World Cup Soccer album is seen with stickers pasted in it during an event at the Soccer Locker of Miami on June 01, 2014 in Miami, Florida. Fans of World Cup Soccer are in a rush to fill their Panini albums with all 640 stickers, which include each player for the 32 nations in the tournament plus a team picture, logo and photos of the stadiums, before the kick off on June 12th. (Photo by Joe Raedle/Getty Images)

5. Jersi pasukan Piala Dunia

Semasa zaman kami kecil-kecil dulu, mana nak dapat jersi pasukan Piala Dunia jika tidak ke luar negara? Lagipun harganya pun mahal. Tapi kami tetap nak merasa pakai jersi pemain pujaan kami seperti Ronaldo, Gabriel Batistuta dan Marcelo Salas. Jadi apa kami buat?

Sebelum kewujudan Alexis Sanchez, Marcelo Salas adalah idola keluaran Chile untuk kanak-kanak era 90-an Credit: Stu Forster /Allsport

Pertama, kami akan beli t-shirt Pagoda yang berwarna putih. Kemudian guna kreativiti – dari water color atau tancho – dan lukis sendiri jersi pasukan kegemaran masing-masing atas t-shirt Pagoda tersebut. Kos keseluruhan ‘jersi’ hanya RM3 saja haha. Jadi kami kena kumpul RM1 selama 3 hari untuk mendapatkan ‘jersi’ idaman kami.

6. TV kotak

Apabila memasuki era 90-an, boleh dikatakan hampir semua rumah sudah memiliki unit televisyen sendiri. Siapa ingat lagi TV ini?

Foto: Carousell

Tapi bagi kanak-kanak era 80-an, TV di rumah mereka berbentuk begini. Dan hanya keluarga yang berada sahaja memiliki TV di rumah mereka sendiri.

Foto: Facebook

Jadi untuk menonton siaran langsung Piala Dunia, ada orang yang kena pergi rumah orang yang ada TV untuk ‘tumpang’ tengok sekali. Perlu diingat, zaman dulu pun tiada restoran mamak zaman dulu pun tak macam zaman sekarang. Tiada skrin besar, tiada projektor dan tiada siaran langsung perlawanan.

7. Siaran langsung semua perlawanan

Zaman sekarang ini melalui Astro, kita boleh menyaksikan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara siaran langsung.

Sebelum zaman di mana semua rumah boleh dikatakan melanggan Astro, kami hanya mempunyai RTM sebagai penyiar siaran langsung Piala Dunia. Itupun hanya sekadar perlawanan-perlawanan terpilih.

Pernah terjadi semasa Piala Dunia 1982 di Sepanyol, RTM mengumumkan hanya akan menyiarkan 4 perlawanan sahaja disebabkan faktor kos hak penyiaran yang terlalu tinggi. 4 perlawanan tersebut membabitkan:

  • perlawanan pembukaan di antara Belgium dan Argentina
  • 2 perlawanan separuh akhir dan
  • perlawanan akhir.

Tapi bagi rakyat Malaysia yang gila bola, 4 perlawanan mana cukup! Jadi seorang peminat bola sepak yang bernama Peter Teoh menulis surat kepada akhbar The Malay Mail untuk mencadangkan supaya sebuah tabung kutipan derma diwujudkan.

Dana tabung ini membolehkan rakyat Malaysia untuk menyumbang RM1 seorang supaya dapat disalurkan kepada RTM untuk membeli lebih banyak hak siaran langsung perlawanan.

Pada 19 Jun 1982, The Malay Mail melancarkan tabung tersebut yang dinamakan Dana Rakyat Siaran Langsung. Objektif tabung tersebut adalah untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin untuk membeli hak siaran perlawanan yang berjumlah kira-kira RM60,000 satu perlawanan.

Hasilnya sebanyak RM300,000 berjaya dikutip dan 4 siaran tambahan disediakan oleh RTM. Dan perkara yang paling membanggakan adalah ketika perlawanan tersebut disiarkan, tertera di skrin TV perkataan ‘Ditaja oleh Rakyat Malaysia’.

Foto: NST

Hanya dengan RM1 seorang, rakyat Malaysia pada ketika itu boleh menyaksikan lebih banyak aksi Piala Dunia 1982.

Kembali pada zaman sekarang, berapa pula nilai RM1 hari ini?

Dapatkan smartphones terkini dan strim perlawanan secara langsung dengan RM1!

Percaya tak korang kalau kami bagitahu dengan RM1 sekarang, korang berpeluang untuk memiliki pelbagai jenis jenama smartphone terbaru di market dengan hanya membayar RM1?

Digi melalui kempen Rah Rah Internet baru-baru ini menawarkan handphone terbaru dengan harga RM1.

Ketika pelancaran kempen Rah Rah Internet di Digi Store Bukit Bintang pada 8 Jun 2018 lepas, Digi siap offer Huawei P20 Pro yang harga pasarannya RM3,112 ketika ini pada harga RM1 lagi!

Kalau korang terlepas tawaran Rah Rah Internet sebelum ini, jangan risau. Digi juga sedang menawarkan Huawei P20, Samsung Galaxy A8+, Vivo X21 dan banyak lagi smartphones hebat lain pada harga hanya RM1.

Selain itu, korang juga boleh strim secara langsung perlawanan bola sepak pada setiap masa, di semua aplikasi dan di mana-mana lokasi dengan pas Internet Cili Padi Digi – juga dengan hanya RM1!

Kempen Rah Rah Internet akan berlangsung sepanjang musim demam Piala Dunia. Sebarang pengumuman tentang kempen ini akan diumumkan di akaun media sosial Digi sahaja.

Jadi, cepat follow Facebook, Twitter dan Instagram Digi sekarang!

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!