Piala Carabao 2020/21: Man City Tidak Berdepan Masalah Atasi Arsenal Untuk Ke Separuh Akhir

Manchester City tidak berdepan masalah untuk layak ke separuh akhir saingan Piala Carabao 2020/21 apabila mudah menundukkan Arsenal 4-1 pada aksi yang berlangsung di Emirates Stadium, awal pagi tadi.

Keputusan tersebut jelas menambah tekanan buat pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang terus mencari rentak kemenangan selepas skuad bimbingannya tewas pada tiga perlawanan daripada empat aksi terakhir.

Meskipun berkunjung ke gelanggang lawan, ia tidak langsung menganggu rentak Manchester City yang berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga perlawanan menerusi Gabriel Jesus.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran lintang menarik oleh Oleksandr Zinchenko yang mudah ditanduk Jesus ketika beliau tidak dikawal pemain pertahanan Arsenal dalam kawasan penalti.

Meskipun terus ditekan The Cityzens, pasukan tuan rumah masih mampu menghadirkan jaringan penyamaan apabila Alexandre Lacazette berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran lintang yang dilakukan pemain muda, Gabriel Martinelli pada minit ke-32.

Memasuki separuh masa kedua, skuad kendalian Pep Guardiola itu nyata sukar digugat apabila mereka berjaya menambah tiga lagi jaringan yang dimulakan dengan gol Riyad Mahrez pada minit ke-55 menerusi sepakan percuma.

Gol itu terhasil berikutan kesilapan penjaga gol Arsenal, Runar Alex Runarsson yang gagal menangkap kemas percubaan pemain skuad kebangsaan Algeria itu lalu bola membolosi gawangnya.

Jaringan ketiga Manchester City menjelma berselang empat minit kemudian selepas hantaran Fernandinho ke dalam kawasan penalti disempurnakan dengan tenang oleh Phil Foden untuk melakukan percubaan lambung bagi menewaskan Runarsson.

Tidak cukup dengan tiga gol tersebut, juara bertahan itu menambah gol keempat menerusi pemain pertahanan, Aymeric Laporte yang menanduk masuk bola hantaran lintang Foden sekali gus melengkapkan kemenangan 4-1 buat Manchester City.

Dengan kemenangan yang dicatatkan, Manchester City berpeluang untuk menambah koleksi kejuaraan Piala Carabao buat kali keempat berturut-turut selepas memenanginya pada musim 2018, 2019 dan 2020.

Secara keseluruhannya, kelab dari Manchester itu telah memenangi gelaran juara tersebut sebanyak tujuh kali. Manakala, Arsenal memenanginya pada tahun 1987 dan 1993.

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester City:

Ferran Torres: Kenali Pemain Sayap Baharu Manchester City

Arteta Sedia Lepaskan Thomas Partey Untuk ‘Hancurkan’ Manchester City

Messi, Ronaldo Bakal Disatukan Di Manchester City Musim Depan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN