Arteta Sedia Lepaskan Thomas Partey Untuk ‘Hancurkan’ Manchester City

Thomas Partey

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kini sudah bersedia untuk melepaskan pemain baharunya iaitu Thomas Partey dalam perlawanan penting menentang Manchester City.

Pemain baharu yang didapati dari Atletico Madrid pada hari terakhir jendela perpindahan dijangka akan diturunkan bagi menguatkan lagi jentera tengah Arsenal.

Bercakap kepada media sebelum aksi menentang skuad kendalian bekas ketuannya iaitu Pep Guardiola, Arteta mengatakan yang pemain itu mempunya peluang besar untuk diturunkan.

Akan tetapi, beliau tidak nenafikan yang Partey masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan kelab.

“Beliau baru saja tiba di kelab semalam, dan beliau sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran kelab.”

“Semuanya berlaku dengan pantas, dan beliau akan menjalani sesi latihan pertama dengan kami. Partey begitu jelas mahu bermain tetapi kita akan tengok dulu.”

Tambah Arteta, masa sememangnya diperlukan untuk seseorang pemain baharu membiasakan diri dengan suasana baharu.

Ini bukanlah sekadar menyesuaikan diri dengan pasukan dan taktikal, tetapi persekitaran, bandar yang didiami juga perlu diserasikan. Malah, ianya bukan tertumpu kepada Partey sahaja tetapi keluarganya juga.

Dalam masa yang sama, Arteta juga mengatakan kehadiran Partey jelas sekali memberikan faktor positif kepada kelab.

“Saya menerima perkhabaran positif selepas berjaya mendapatkan beliau. Perkara ini sama untuk pasukan dan juga staf.”

“Beliau sudah berada dalam pemerhatian kami untuk satu tempoh yang lama dan kami berjaya membawa beliau menyertai Arsenal.”

Arsenal akan berkunjung ke Manchester City dalam aksi pada pagi Ahad jam 12.30 pagi.

Baca juga artikel kami mengenai Thomas Partey:

Thomas Partey Sedia Mulakan Parti Bermula Di Etihad Stadium

Arteta Perlukan Thomas Partey Di Arsenal Jika Guendouzi Dijual

RASMI: Arsenal Sah Dapat Partey, Pinjam Keluar Torreira & Guendouzi

 

Leave a Reply