Piala Carabao 2020/21: Jaringan Son, Sissoko Bawa Tottenham Hotspur Ke Final

Tottenham Hotspur
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Tottenham Hotspur berpeluang untuk menamatkan kemarau 13 tahun tanpa sebarang piala apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Carabao 2020/21 setelah menundukkan wakil EFL Championship, Brentford 2-0 pada aksi yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium, awal pagi tadi.

Kali terakhir Tottenham berjaya menjulang trofi ialah dalam kejohanan yang sama pada musim 2007/08 setelah mereka ketika itu dibimbing Juande Ramos berjaya menundukkan Chelsea 2-1 hasil jaringan Dimitar Berbatov dan Jonathan Woodgate bagi memadamkan kelebihan awal dijelmakan Didier Drogba.

Selepas itu, tiada lagi kejayaan yang dapat ditempa oleh kelab dari London itu dan ini pastinya peluang terbaik buat Jose Mourinho dan anak buahnya untuk sekali lagi menghadiahkan pesta buat para penyokong Tottenham.

Menurunkan barisan terkuat dalam usaha layak ke final, Tottenham berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi pemain tengah Moussa Sissoko.

Sissoko yang tidak dikawal pertahanan Brentford dalam kawasan penalti dengan tenang menanduk masuk bola hasil hantaran menarik dilakukan Sergio Reguilon bagi menewaskan penjaga gol, David Raya sekali gus memisahkan kedua-dua pasukan.

Berselang tiga minit kemudian, Son Heung-min hampir melebarkan kedudukan tetapi percubaan placing dari luar kawasan penalti dilepaskannya ditepis keluar Raya untuk menyelamatkan keadaan.

Selepas itu, pasukan pelawat itu cuba mengancam kubu Tottenham Hotspur tetapi usaha mereka digagalkan ketangkasan Hugo Lloris di gawang dan disiplin tinggi barisan pemain pertahanan.

Bagaimanapun skuad bimbingan Thomas Frank itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Ivan Toney, namun penyerang tersebut terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Sisa perjuangan Brentford berakhir pada minit ke-70 apabila larian cantik daripada Son dan hantaran kemas Tanguy Ndombele memberikan ruang secukupnya buat pemain kelahiran Korea Selatan itu untuk menyempurnakan peluang menjadikan kedudukan 2-0.

Keputusan itu kekal hingga tamat permainan dan Spurs akan menanti pemenang aksi satu lagi separuh akhir yang menemukan Manchester United dan Manchester City untuk perhitungan di perlawanan akhir nanti.

Kredit featured image: Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Tottenham Hotspur:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN