Piala Carabao 2019/20: Man United Terkulai Di Tangan Man City

Manchester United sebelum ini memiliki rekod yang cemerlang ke atas big six. Namun kali ini sudah 2 perlawanan berturut-turut mereka tewas di tangan pasukan big six.

Terbaru adalah dalam aksi berhadapan dengan Manchester City dalam saingan Piala Carabao. Di mana pasukan United ditewaskan di gelanggang sendiri dalam aksi yang didominasi Manchester Biru.

Dalam aksi derbi Manchester kali ini, Ole Gunnar Solskjaer menurunkan kesebelasan terkuatnya berhadapan dengan Manchester United dalam usaha beliau mahu mendapatkan piala pertama bersama United sebagai pengurus.

Pep Guardiola merehatkan pemain no.9 beliau dan bermain dengan sistem false 9 dalam perlawanan ini. Ederson diletakkan di bangku simpanan, dan Bravo diberikan kepercayaan untuk berkawal di gawang City.

Manchester City di hadapan menerusi gol oleh Bernardo Silva seawal minit ke-17. Satu rembatan deras yang sangat cantik dari luar kotak penalti.

David De Gea tiada jawapan untuk roket yang dilancarkan itu.

Sebelum rehat, Man City menamnbah 2 lagi gol, untuk masuk ke bilik persalinan dengan 3-0 pada separuh masa pertama.

Riyad Mahrez menerima bola mudah selepas cubaan Lindelof untuk mengeluarkan bola gagal. Lindelof yang melayangkan badannya, gagal untuk memenangi bola.

Mahrez dengan tenang menewaskan David De Gea, yang diturunkan dalam tugasan kali ini, menunjukkan betapa seriusnya mereka mahu menang perlawanan ini.

Biasanya untuk pertandingan piala domestik ini biasanya diberikan kepada Sergio Romero.

Nasib United lebih malang apabila Andreas Pereira tertampan bola ke gawang sendiri. Ianya berpunca daripada rembatan De Bruyne yang diselamatkan oleh De Gea, selepas memperdaya Phil Jones

https://twitter.com/i/status/1214671577469636608

Ini pertama kali United bolos 3 gol di Old Trafford pada separuh masa pertama, sejak 1997. Separuh masa pertama yang sangat hambar untuk United dengan tanpa sebarang shot on target.

Pada separuh masa kedua, City terus menjadi pasukan yang lebih dominan.

Manchester United berjaya memperbaiki permainan mereka berbanding dengan aksi pada separuh Masa pertama.

Manchester United mendapat gol saguhati menerusi kapten mereka malam tadi iaitu Marcus Rashford yang menewaskan Claudio Bravo menerusi satu lawan satu yang sangat tenang.

Gol itu sangat penting untuk mengurangkan defisit gol yang terlampau besar.

Rashford ternyata memiliki jiwa Manchester United yang sangat tinggi. Beliau antara pemain terbaik dalam perlawanan ini. Namun sayangnya, secara berpasukan, Man City adalah lebih baik.

Tamat perlawanan, Man City menang 3-1 ke atas United di Old Trafford, sekaligus mencerahkan peluang Man City mara ke final sekali lagi Piala Carabao.

Namun begitu Manchester United masih ada harapan untuk bangkit dengan kejayaan Marcus Rashford mengecilkan jurang perbezaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN