Sadio Mane Pemain Terbaik Afrika 2019

Bintang Liverpool, dari Senegal, Sadio Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika 2019.

Ini merupakan kali pertama Sadio Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika, selepas menewaskan rakan sepasukan Mohamed Salah dan bintang Man City, Riyad Mahrez.

Sadio Mane menerima trofi itu daripada Samuel Etoo, legenda yang pernah meningiktiraf secara peribadi, bahawa Sadio Mane dan Mo Salah merupakan pemain terbaik di dunia.

Mohamed Salah mendapat tempat kedua, Mahrez berada di tangga ketiga.

Mane selayaknya menang. Beliau berada dalam peak terbaik dalam beberapa musim ini.

Beliau berjaya meningkatkan jumlah gol dan assist di dalam permainannya. Mane juga membantu Liverpool menamatkan 2019 dengan 3 piala antarabangsa.

Beliau menjadi nadi penting Liverpool dalam aksi kebangkitan luar biasa berhadapan dengan Barcelona di Anfield, ketika itu Liverpool bermain tanpa Mo Salah dan Roberto Firmino.

Dalam tahun yang sama, Mane membantu negaranya mara ke final Piala Afrika 2019.

Beliau berada dalam senarai ke-4 pada majlis Ballon d’Or yang lalu. Ini menjadikan Sadio Mane, pemain Senegal kedua memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika selepas seorang lagi bekas pemain Liverpool iaitu El Hadji-Diouf pada 2001 dan 2002.

Mane dalam uncapannya: “Jujurnya, saya lebih suka bermain bola daripada bercakap di hadapan ramai orang ternama seperti di sini. Saya sangat gembira dan turut berbangga.”

“Saya berterima kasih kepada keluarga, terutama sekali bapa saudara saya yang berada di sini pada hari ini.”

“Ini hari yang bermakna buat saya, dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Senegal yang mengundi untuk saya.”

“Saya berasal dari satu perkampungan kecil bernama Bambali, dan saya yakin mereka di sana ketika ini sedang mengikuti siaran ini.”

Sementara itu, untuk kesebelasan terbaik Afrika, dikuasai oleh pemain EPL. Tahniah kepada semua pemenang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN