Piala Asia: Berikut Adalah Senarai Negara Tidak Pernah Beraksi

Kita selalu membincangkan negara yang sering beraksi di kejohanan Piala Asia. Tidak kurang juga dengan negara yang memenanginya.

Namun begitu, adakah kita sedar masih ada lagi negara yang tidak pernah bermain dalam kejohanan Piala Asia walaupun sekali? Artikel ini merangkumkan pasukan tersebut mengikut zon serantau.

Asia Tenggara

3 pasukan tidak pernah menjejakkan kaki dalam kancah kejohanan Piala Asia iaitu Brunei, Laos dan Timor Leste.

Sebelum ini, Filipina tidak pernah bermain dalam kejohanan ini. Tetapi, mereka dijangka membuat penampilan pada Piala Asia 2019.

Walau bagaimanapun, Timor Leste dijangka akan meneruskan rekod sebegini. Ini disebabkan mereka telah disekat untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Asia 2023 kerana memalsukan dokumen pendaftaran pemain.

Asia Timur

Pasukan dari zon Asia Timur sering juga dilihat sebagai pencabar utama trofi kejohanan Piala Asia. Tetapi, mereka juga mempunyai ahli yang tidak pernah bermain dalam kejohanan ini.

Skuad yang dimaksudkan ialah Mongolia, Guam dan Kepulauan Mariana Utara (Northern Mariana Islands). Meskipun menjadi Kepulauan Mariana Utara merupakan ahli AFC, mereka bukanlah ahli FIFA.

Macau merupakan juga salah satu pasukan yang tidak pernah beraksi dalam Piala Asia. Macau dahulunya ditadbir oleh Portugal tetapi telah dipulangkan kepada China pada penghujung 1999.

Berbeza dengan jiran sebelahnya, Hong Kong yang pernah beraksi di Piala Asia.

Asia Selatan

Pakistan tidak pernah mara ke Piala Dunia mahu pun Piala Asia. Sumber: The Express Tribune.

Sukan popular di rantau Asia Selatan ialah kriket. Memang sukar diatasi oleh bola sepak.

Tidak hairanlah cuma India dan Bangladesh sahaja yang pernah muncul di Piala Asia. Memasuki senarai ini ialah Bhutan, Maldives, dan Nepal. Begitu juga dengan Pakistan serta Sri Lanka.

Oh ya, Bangladesh bermain Piala Asia edisi 1980, itulah pertama dan kali terakhir buat negara tersebut.

Asia Tengah

Tajikistan (putih) dan Bangladesh (merah) antara pasukan yang gagal layak ke Piala Asia. Sumber: Sports24hour.com

Sebenarnya Central Asian Football Association (CAFA) baru sahaja dibentuk pada tahun 2015. Mereka terdiri daripada 6 anggota.

Iran, Turkmenistan dan Uzbekistan pernah bermain di Piala Asia. Kyrgyzstan akan tampil buat pertama kali dalam penyertaan kejohanan ini.

Afghanistan dan Tajikistan gagal mara ke Piala Asia walaupun sekali.

Asia Barat

Zon ini menempatkan 12 anggota. Yaman merupakan anggota terbaru West Asian Football Federation (WAFF) yang dapat mara ke Piala Asia.

Mereka akan membuat debut pada Piala Asia 2019 tidak lama lagi. Sebelum ini, Yaman Selatan pernah ke Piala Asia pada 1976. Tetapi setelah penyatuan Yaman Utara dengan Yaman Selatan pada 1990, rekod Yaman Selatan tidak diteruskan dalam statistik bola sepak.

Sebaliknya, rekod Yaman Utara dianggap sebagai Yaman sehingga pada hari ini.

Termasuk Yaman, kesemua 12 anggota WAFF pernah atau bakal mempunyai pengalaman di Piala Asia. Menariknya, 11 pasukan daripada 24 pasukan bertanding dalam Piala Asia 2019 merupakan dari Asia Barat.

Rumusan

Seperti kita sedia tahu, Asia merupakan benua yang besar dan terdiri daripada banyak negara. Tidak hairanlah ia mempunyai 5 zon serantau.

Mungkin pada Piala Asia 2023 akan ada wajah baru pula bertanding. Atau tiada juga?

Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN