Arsenal Memantau Situasi Keylor Navas Yang Sedia Tinggalkan Real Madrid

Laporan di Sepanyol menyatakan Keylor Navas sudah memberikan bayangan akan keluar daripada pasukan itu pada Januari ini. Beliau sudah mengucapkan selamat tinggal dalam ucapan tahun baharunya sebelum ini.

Dalam ucapan di media sosialnya itu, Navas berkata: “Terima kasih untuk segalanya”.

Ramai merasakan ianya ditujukan kepada Madridistas. Real Madrid dilaporkan sudah memberitahu Navas bahawa penjaga gol yang membantu kelab itu menjuarai 4 UCL itu boleh meninggalkan Real Madrid dengan harga sekitar €16 juta.

Arsenal dilaporkan antara kelab yang berminat mahu membawa penjaga gol Costa Rica itu.

https://twitter.com/RMadridHome_/status/1080451330207039489

Navas kehilangan tempat dalam skuad utama selepas Real Madrid membawa masuk Thibaut Courtois. Navas hanya bermain 7 perlawanan musim ini setakat ini.

Pada beberapa bulan lalu beliau meluahkan kekecewaannya kerana disisihkan ke slot penjaga gol ke-2 walaupun sudah membantu Real Madrid menjuarai UCL. Beliau merasakan dirinya tidak diberikan persaingan lebih adil.

Walaupun Courtois beraksi tidak begitu baik dalam beberapa perlawanan, penjaga gol Belgium itu terus diberikan kepercayaan oleh Julen Lopetegui.

Walaupun Arsenal dirasakan sebagai calon utama yang mendahului persaingan mendapatkan Navas, kelab lain seperti AS Roma juga berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Jika menyertai Arsenal, Keylor Navas juga tidak terjamin tempatnya sebagai no.1. Ini kerana Arsenal baru mendapatkan Bernd Leno pada awal musim ini – penjaga gol yang sesuai dengan sistem permainan yang dibina daripada bawah. Arsenal membayar €25 juta untuk pemain itu.

SOUTHAMPTON, ENGLAND – DECEMBER 16: Charlie Austin of Southampton scores his team’s third goal as Bernd Leno of Arsenal reaches for the ball during the Premier League match between Southampton FC and Arsenal FC at St Mary’s Stadium on December 16, 2018 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Leno sendiri bergelut untuk menjadi no.1 dalam pasukan Arsenal. Beliau hanya mendapat slot itu selepas kecederaan Petr Cech. Walaupun Cech sukar untuk bermain dengan sistem binaan serangan daripada bawah itu, Unai Emery tetap memberikan kepercayaan kepada penjaga gol itu – sebelum ini.

Bernd Leno kini hanya melakukan 2 clean sheets. Leno juga melepaskan 22 bolos dalam 15 perlawanan terakhir. Namun ramai yang merasakan bolos itu kerana pertahanan Arsenal yang rapuh.

Justeru, penyokong Arsenal merasakan keperluan utama untuk Arsenal adalah mendapatkan pertahanan yang baru bukannya penjaga gol. Adakah Arsenal mahu menjadikan Navas penjaga gol no.1? Sedangkan mereka sudah ada Bernd Leno? Sedangkan Navas jelas mahu menjadi pemain utama dan tak gembira diletakkan di bangku simpanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN