Piala Asia 2023: Stuart Wilkin Antara Pemain Paling Positif Ketika Bertemu Jordan

Pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin menjadi antara pemain cemerlang untuk Harimau Malaya pada aksi sulung mereka menentang Jordan bagi saingan pertama Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Terdahulu, Malaysia telah pun dikejutkan oleh Jordan menerusi kekalahan besar 0-4 di Stadium Al-Janoub, selepas tampil serba longlai di segenap posisi sepanjang aksi berlangsung.

Hadir dengan sedikit perubahan dibuat Kim Pan-gon, ianya jelas menyaksikan para pemain kebangsaan mengalami isu untuk menyesuaikan diri di atas padang serta menjadi mangsa amukan kepada Jordan.

Empat gol lawan pada aksi tersebut terhasil menerusi dua jaringan daripada Mahmoud Al-Mardi serta Mousa At Tamari untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berada di tangga terbawah Kumpulan E dengan tiada sebarang mata dikumpul serta dibolosi empat jaringan.

Walaupun Malaysia teruk ditewaskan oleh Jordan menerusi keputusan penuh 0-4, kehadiran Wilkin menjadi antara pemain negara yang patut dicontohi pada aksi tersebut.

Sepanjang saingan tersebut berlangsung, Wilkin dilihat berusaha untuk memenangi penguasaan bola di tengah menerusi kedudukannya yang sentiasa dekat bersama bola.

Malah, beliau juga tampil selaku antara pemain yang berani melepaskan beberapa percubaan untuk menguji penjaga gol Jordan, tatkala barisan serangan lain kurang menyerlah.

Daripada segi kualiti individu, Wilkin dilihay berjaya membuat banyak hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan menerusi ketenangan serta visi dimiliki beliau.

Pastinya pemain ini akan terus menjadi keutamaan Kim untuk aksi seterusnya bersama Harimau Malaya bagi memperkukuhkan aspek tengah dan serangan.

Dion Cools

Antara individu paling bekerja keras sepanjang saingan semalam menerusi terjahan-terjahan penting dilakukan beliau untuk menyelamatkan keadaan pasukan kebangsaan.

Cools boleh dikatakan sebagai antara pemain paling banyak menyukarkan Jordan sebenarnya untuk cuba menyusupi pertahanan negara dari bahagian tengah.

Walaupun begitu, pasangan beliau iaitu Junior Eldstal dianggap gagal untuk menyamai kualiti beliau serta memberi persefahaman terbaik bersama Cools sepanjang aksi berlangsung.

Safawi Rasid

Kemasukan pemain ini di penghujung separuh masa kedua jelas memberikan impak cukup besar buat barisan serangan negara untuk kembali lebih aktif.

Safawi jelas mahu membuktikan dirinya sebagai antara pemain serangan terbaik negara selepas kualiti permainan ditampilkannya berjaya mengkucar kacirkan seketika pertahanan lawan.

Malah, Safawi juga sempat melepaskan satu rembatan deras dari luar kotak penalti untuk cuba mendapatkan satu jaringan buat Malaysia sebelum berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN